Pergi ke kandungan

Stesen LRT IOI Puchong Jaya

 SP24  IOI Puchong Jaya
اءي.او.اءي. ڤوچوڠ جاي‎
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pemandangan luar bangunan stesen
LokasiStesen LRT IOI Puchong Jaya,
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°02′53.1″U 101°37′15.2″T / 3.048083°U 101.620889°T / 3.048083; 101.620889
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambungan Rapid Bus: 506, 600, 601, 604, T600, T604, T605, SJ02
Pengangkutan bas Causeway Link: 608
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanAda, 464 kotak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP24 
Sejarah
Dibuka31 Mac 2016; 10 tahun yang lalu (2016-03-31)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kinrara BK 5
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling Pusat Bandar Puchong
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT IOI Puchong Jaya adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini dinamakan sempena gabungan nama pemaju dan kawasan bandar di persekitarannya iaitu IOI Group dan Puchong Jaya. Nama "IOI" dalam penamaan stesen ini bukan sebahagian daripada program hak penamaan stesen ataupun IOI Mall Puchong walaupun stesen ini sering dikaitkan dengan terletaknya berhampiran dengan pusat membeli-belah tersebut.[perlu rujukan]

Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT (LRT Extension Project) yang meluaskan jajaran ke stesen Putra Heights dari stesen Sri Petaling, dan dibuka pada 31 Mac 2016 di bawah Fasa 2 pembukaan projek tersebut.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT IOI Puchong Jaya menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen Kinrara BK 5 dan stesen Pusat Bandar Puchong serta mempunyai kod stesen iaitu SP24.

Stesen LRT IOI Puchong Jaya terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Bandar Puchong Jaya, dan sepanjang penjajaran Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP).

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:

  • Pusat membeli-belah IOI Mall Puchong
  • Balai Polis Puchong Jaya
  • Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Jaya

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
→ Platform 1: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  AG01   SP01  Sentul Timur (Kinrara BK 5)
← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Pusat Bandar Puchong)
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
L1 Aras
legar
Mesin tiket, kedai serbaneka, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, tandas, surau, dan jejambat pejalan kaki merentasi LDP (ke Pintu B) Akses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen LRT IOI Puchong Jaya adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Selain itu, terdapat kawasan parkir kereta untuk tujuan Park N' Ride yang boleh menempatkan sehingga 464 kenderaan.[2] Stesen ini juga dilengkapi rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Stesen ini juga mengamalkan amalan hijau sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau yang dilancarkan oleh Prasarana, seperti mentol lampu cekap tenaga dan sistem penuaian air hujan dipasang di stesen. Tingkap direka bentuk untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke stesen untuk pencahayaan semulajadi, serta pembinaannya menggunakan bahan lestari dan boleh dikitar semula.[4]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT IOI Puchong Jaya mempunyai dua pintu masuk dan keluar.

Laluan Sri Petaling - IOI Puchong Jaya
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Jalan Puchong Lagenda Hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian,
Park N' Ride,
IOI Mall Puchong,
The Wyn Residences,
Taman Puchong Lagenda
B Jalan Kenari 5 Kawasan Perniagaan Puchong Jaya

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Bas

[sunting | sunting sumber]

Bas percuma Smart Selangor laluan SJ02, bas Causeway Link laluan 608, bas RapidKL laluan 506, 600, 601, 604, T600, T604 dan T605 berkhidmat di stesen ini.

  1. ↑ Azyyati Ahmad (2016-03-28). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2019-10-21.
  2. ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-09.
  3. ↑ "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-09.
  4. ↑ "Extension of Ampang and Kelana Jaya lines proceeding smoothly | The Star". TheStar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.