Pergi ke kandungan

Stesen LRT BU 11

 SA03  BU 11 (Bandar Utama 11)
بندر اوتام 11
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
Stesen LRT BU 11 pada Julai 2026
LokasiStesen LRT BU 11,
Jalan Tropicana Selatan 1, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°08′00″U 101°36′16″T / 3.133443°U 101.604575°T / 3.133443; 101.604575
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid Rail
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform1 platform tengah
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen SA03 
Sejarah
Dibuka29 Jun 2026; 51 hari yang lalu (2026-06-29)
DielektrikkanYa
Nama lamaTropicana, Bandar Utama Selatan
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kayu Ara
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam Terminal
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2031)
Tropicana
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT BU 11 (Bandar Utama 11) ialah stesen transit aliran ringan (LRT) di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.[1]

Stesen ini dinamakan sempena kawasan perbandaran dan perumahan yang terletak berhampiran iaitu Bandar Utama 11. Sebelum dikenali sebagai BU 11, stesen ini dinamakan sebagai Tropicana dan Bandar Utama Selatan semasa fasa perancangan.

Pengoperasian stesen serta laluan dibuka secara rasmi untuk perkhidmatan penumpang awam pada 29 Jun 2026.[2]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 11 menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam, dan terletak di antara stesen Kayu Ara dan stesen Damansara Idaman (stesen Tropicana menjelang tahun 2031 apabila stesen itu siap dibina dan beroperasi kelak)[3]. Kod stesen bagi stesen ini ialah SA03.[1]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 11 terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)[4], dan terletak di dalam kawasan Bandar Utama berhadapan dengan bangunan Plaza Tol Damansara Lebuhraya SPRINT.[5][6]

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:[5][6]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
→ Platform 1: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA01  Bandar Utama (Kayu Ara)
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 2: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA26  Johan Setia (Damansara Idaman)
L1 Aras
legar
Mesin tiket. pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan kedai serbagunaAkses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirianAkses OKU

Stesen LRT BU 11 adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.

Pintu masuk dan keluar

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 11 mempunyai dua pintu masuk/keluar, dengan satu daripadanya (Pintu B) masih dalam pembinaan yang dijangka menghubungkan terus penumpang dengan pembangunan berteraskan transit (transit-oriented development) iaitu The Capitol yang masih dalam pembinaan yang terletak di luar ruang legar berbayar di aras legar.

Laluan Shah Alam - BU 11
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Bandar Utama 11 Hentian teksi, bas, dan kenderaan persendirian
Bandar Utama 11
Pusat Komersial Merchant Square
B The Capitol
Kunci      Akan datang (dalam pembinaan)

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Hentian bas paling hampir dengan tapak stesen LRT BU 11 ialah hentian bas Perumahan BU 11/1 (kod hentian – PJ841) dan Kuarters Guru Bandar Utama (kod hentian – PJ803) di Lebuh Bandar Utama. Perkhidmatan bas perantara MRT laluan T811 dari Stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropicana berkhidmat di kedua-dua hentian bas terbabit.[7]

  1. 1 2 "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang]. MyRapid (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-11. Dicapai pada 2026-07-08.
  2. Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar (dalam bahasa Inggeris).
  3. Abdul Rahman, Sharil (2023-10-13). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built" [Bajet 2024: 5 stesen simpanan sebelumnya di sepanjang Laluan LRT Shah Alam bakal dibina]. SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-13.
  4. Danny Tan (2020-07-20). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2023-12-28.
  5. 1 2 Google (2023-12-29). "Stesen LRT BU 11 (Peta)". Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 2023-12-29.
  6. 1 2 "BU 11 LRT Station" [Stesen LRT BU 11]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-29. Dicapai pada 2023-12-29.
  7. "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]