Stesen LRT Taman Paramount

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Taman Paramount" dilencongkan di sini.
Taman Paramount Rapid KL
Station - Taman Paramount.JPG
Nama lainتامن ڤارامونت (Jawi)
百乐花园 (Cina)
தமன் பரமௌன்ட் (Tamil)
LokasiStesen Taman Paramount, Jalan 21/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′17″N 101°37′24″E / 3.10472°N 101.62333°E / 3.10472; 101.62333
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T785, T790
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan68 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ22 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Taman Paramount ialah stesen LRT yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah kawasan perumahan Seksyen 20, Seksyen 21, Seksyen 22 dan SS 1 Petaling Jaya. Juga terletak berhampiran adalah taman rekreasi Taman Aman, Masjid Kampung Tunku, pangsapuri Seri Aman dan Paramount View Condominium.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KJ Arah Timur  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Asia Jaya)
KJ Arah Barat  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Bahagia)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 68 petak parkir kereta.[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T785 dan T790 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 25 Apr 2017. Dicapai 17 Mei 2019. 
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019.