Stesen LRT SS 15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SS 15 Rapid KL
Permandangan bangunan Stesen SS 15 daripada tren Laluan Kelana Jaya.
LokasiStesen SS 15, Persiaran Jengka, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°04′32″N 101°35′10″E / 3.07556°N 101.58611°E / 3.07556; 101.58611Koordinat: 3°04′32″N 101°35′10″E / 3.07556°N 101.58611°E / 3.07556; 101.58611
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T770, 771, SJ01
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ29 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT SS 15 adalah stesen LRT di Subang Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Sambungan Jajaran LRT yang memanjangkan jajaran Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, Selangor.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di atas Persiaran Jengka, Subang Jaya, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan SS 15 Subang Jaya dan di sebelah barat stesen adalah kompleks perumahan SS 17 Subang Jaya. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah SMK SS 17 dan Susur Keluar SS 17 E10 Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (SS 18)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Subang Jaya)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT SS 15 dirancang mempunyai dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B. Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan serta kenderaan peribadi disediakan di kedua-kedua pintu masuk stesen.

Pintu Destinasi utama dan kawasan berhampiran Kemudahan Gambar
Tangga Eskalator ke aras legar atau aras tanah. Lif ke aras legar atau aras tanah Akses OKU
A Jalan SS 15/4D / Persiaran Jengka (Selatan)
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan serta kenderaan peribadi. First Subang Mall, Subang Square, Kolej Antarabangsa INTI, Komersial SS 15, SS15 Courtyard
Ya Ya Ya Ya
B Persiaran Jengka (Utara)
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan serta kenderaan peribadi. Subang Parade, Wisma Consplant, Wisma Tractors, SS 17, Balai Polis Subang Jaya
Ya Ya Ya Ya

Sambungan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T770, 771, dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ01 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.