Stesen LRT PWTC
AG04 SP04 PWTC ڤوست داݢڠن دنيا ڤوترا | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan stesen pada tahun 2007 | |||||||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT PWTC, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 3°10′00″U 101°41′37″T / 3.16667°U 101.69361°T | ||||||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
| Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||||||
| Sambungan | |||||||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||||||
| Kod stesen | AG04 SP04 | ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
| Dibuka | 3 4 6 Disember 1998[1] | ||||||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
Stesen LRT PWTC adalah stesen transit aliran ringan (LRT) di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Ampang dan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena sebuah pusat konvensyen dan pameran dunia yang berhampiran iaitu Putra World Trade Centre, nama terdahulu untuk Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (Bahasa Inggeris: World Trade Centre Kuala Lumpur, WTCKL).
Stesen ini dibuka pada 6 Disember 1998 dengan pembukaan segmen penjajaran Laluan Sri Petaling, yang merangkumi penyambungan penjajaran STAR-LRT ketika itu dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur.[1]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT PWTC menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Ampang dan Sri Petaling, dan terletak di antara stesen Titiwangsa dan stesen Sultan Ismail. Kod stesen bagi stesen ini ialah AG04 dan SP04.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT PWTC terletak di dalam kawasan bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pusat bandar Kuala Lumpur di barat laut Chow Kit, sepanjang Sungai Gombak berdekatan dengan Jalan Putra.
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- Sunway Putra Mall & Hotel
- Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
- Kondominium Bistari
- Kondominium Villa Putra
- Kondominium Villa Puteri
- Hotel Regalia Suites
- Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
- Menara Dato Onn
Stesen sambungan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT PWTC juga disambungkan ke KA04 Stesen Komuter Putra yang dikhidmat oleh KTM Komuter Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin dan Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang melalui laluan jambatan pejalan kaki bertingkat yang kira-kira 400 meter (0.25 bt) jarak berjalan kaki dari stesen ini. Kedua-dua stesen tersebut dilabelkan sebagai stesen sambungan (tanpa integrasi pembayaran) di peta transit rasmi.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 1: 3 Laluan Ampang / 4 Laluan Sri Petaling menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (Titiwangsa) | ||
| ← Platform 2: 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Sultan Ismail) ← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Sultan Ismail) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, kedai serbaneka, dan jejambat pejalan kaki ke 1 2 Putra dan WTC KL |
| G | Aras tanah |
Pintu masuk/keluar |
Stesen LRT PWTC adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT PWTC mempunyai tiga pintu masuk dan keluar, dengan satu daripadanya merupakan pintu masuk terus ke pusat membeli-belah dan hotel Sunway Putra.
| Laluan Ampang & Laluan Sri Petaling - PWTC | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Jalan Putra (timur laut) | Kondominium Bistari, Chow Kit |
|
| B | Jalan Putra (barat laut) | Sunway Putra Mall & Hotel, Jambatan pejalan kaki ke KTM Putra & WTC KL |
|
| Sunway Putra Mall & Hotel | |||
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Bas Setara Jaya laluan BET5, BET6 dan Bas RapidKL laluan 852 berkhidmat di stesen ini.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Rapid KL | DI SINI BERMULA KISAH REL URBAN MALAYSIA …". Facebook. 2016-12-22. Dicapai pada 2026-09-12.
- ↑ Kevin Tan (2011-07-23). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 2019-06-11.
