Stesen MRT Sri Raya
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen Sri Raya, Persiaran Sri Raya, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. | ||||||||||
Koordinat | 3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°EKoordinat: 3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
K. letak kenderaan | 220 petak parkir | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK28 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen MRT Sri Raya ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Sri Raya yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Cuepacs.[2]
Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di selatan Taman Sri Raya, Cheras, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Telekom
Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Batu 10 Cheras, Taman Shahjaya Cheras, Masjid Kariah Cheras, SAM Hulu Langat Batu 10 dan SMK Perimbun.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
SBK Arah Selatan | → ![]() | |
SBK Arah Utara | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 220 petak parkir kereta.[4]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T414 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Sri Raya — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Sri Raya". MRT Corp. 8 Jun 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |