Stesen LRT Sultan Ismail
AG5 SP5 Sultan Ismail سلطان إسماعيل | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan Stesen LRT Sultan Ismail | |||||||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 3°9′40″U 101°41′39″T / 3.16111°U 101.69417°T | ||||||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
| Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||||||
| Sambungan | |||||||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||||||
| Kod stesen | AG5 SP5 | ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
| Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
Stesen LRT Sultan Ismail adalah stesen transit aliran ringan (LRT) di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Ampang dan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena sebuah jalan raya berhampiran iaitu Jalan Sultan Ismail, dan merupakan stesen yang dikongsi oleh kedua-dua penjajaran Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Sultan Ismail dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR-LRT (kini Laluan Ampang) yang menelusuri 13 stesen dari stesen Ampang ke stesen ini pada 16 Disember 1996.[1] Pada ketika itu, stesen ini merupakan stesen terminal utara bagi penjajaran STAR-LRT.
Kemudian, segmen kedua STAR-LRT (kini Laluan Sri Petaling) mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan pembukaan penjajaran dari stesen Sentul Timur ke stesen Sri Petaling.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Sultan Ismail menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Ampang dan Sri Petaling, dan terletak di antara stesen PWTC dan stesen Bandaraya. Kod stesen bagi stesen ini ialah AG5 dan SP5.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Sultan Ismail terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di barat Chow Kit, Kuala Lumpur dan berhampiran Jalan Sultan Ismail.
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- SK (L) Jalan Batu (di sebelah timur stesen)
- SJK (C) Chung Kwok (di sebelah barat daya stesen)
- SJK (T) Appar
- Wisma Bumi Raya
- Wisma MARA
- Wisma Sime Darby
- Menara Liberty Insurans
- Menara Maju
- Menara Tun Ismail Mohamed Ali
- Bangunan LPPKN
- Kompleks membeli-belah Parkson Maju Junction Mall
- Quill City Mall & Residences (bersambung dengan Laluan Monorel KL)
- Hotel Plaza Grand
- Hotel Summit KL
- Hotel Premiera
Stesen berdekatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Sultan Ismail juga disambungkan ke MR9 stesen Medan Tuanku yang dikhidmat oleh Laluan Monorel KL melalui laluan jejambat pejalan kaki bertingkat. Kedua-dua stesen tersebut dilabelkan sebagai stesen sambungan (tanpa integrasi pembayaran) di peta transit rasmi.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 1: 3 Laluan Ampang / 4 Laluan Sri Petaling menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (PWTC) | ||
| ← Platform 2: 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Bandaraya) ← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Bandaraya) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan jejambat pejalan kaki ke 8 Medan Tuanku |
| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar |
Stesen LRT Sultan Ismail adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Sultan Ismail mempunyai satu pintu masuk dan keluar yang terletak di bawah aras legar.
| Laluan Ampang & Laluan Sri Petaling - Sultan Ismail | |||
| Lokasi | Destinasi | Gambar | |
|---|---|---|---|
| Jalan Sultan Ismail | SK (L) Jalan Batu, Wisma Sime Darby, Maju Junction | ||
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 2020-01-05.
- ↑ Kevin Tan (2011-07-23). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 2019-06-11.
