Stesen MRT Kwasa Sentral
Pemandangan stesen MRT Kwasa Sentral | |||||||||||
| Lokasi | Stesen MRT Kwasa Sentral, Seksyen U4 Kwasa Damansara, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°10′11.69″U 101°33′53.26″T / 3.1699139°U 101.5647944°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
| Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | 500 petak parkir kereta, 100 petak parkir motosikal | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | KG05 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 2016 | ||||||||||
| Nama lama | Taman Industri Sungai Buloh | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen MRT Kwasa Sentral adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Kwasa Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Kajang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena perbandaran Kwasa Damansara yang sedang dibangunkan serta terletak di pusat perbandaran tersebut. Sebelum dikenali dengan nama Kwasa Sentral, stesen ini dinamakan sebagai Taman Industri Sungai Buloh semasa fasa perancangan.[1]
Stesen ini dibuka di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini pada 16 Disember 2016.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek MRT Laluan Kajang (pada ketika itu dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang) telah mula dibina secara rasmi pada tahun 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[a][2][3] Pada tahun 2012, nama sementara untuk stesen ini diumumkan iaitu Taman Industri Sungai Buloh sebelum Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menukarkan ke nama stesen kini kepada Stesen MRT Kwasa Sentral.[4][5] Pada 16 Dismeber 2016, Stesen MRT Kwasa Sentral dibuka kepada orang ramai secara rasmi untuk kegunaan awam, dibawah pembukaan Fasa 1 Laluan Sungai Buloh-Kajang yang melibatkan stesen MRT Sungai Buloh hingga stesen MRT Semantan.[3][6][7]
Menjelang pengoperasian Laluan Putrajaya pada tahun 2022, kerja-kerja migrasi dijalankan di stesen MRT Sungai Buloh, stesen MRT Kampung Selamat, dan stesen MRT Kwasa Damansara. Pada ketika itu, stesen MRT Kwasa Sentral telah menjadi stesen terminal buat seketika sementara kerja-kerja integrasi tersebut disiapkan.[perlu rujukan]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Kwasa Sentral menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Kajang, dan terletak di antara stesen Kwasa Damansara dan stesen Kota Damansara (stesen Teknologi apabila stesen itu dirancang untuk dibina dan beroperasi kelak). Kod stesen bagi stesen ini adalah KG05.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di kawasan perbandaran akan datang yang sedang dibangunkan iaitu Kwasa Damansara di bawah Seksyen U4 Shah Alam, Selangor, lalu terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebuah jalan akses telah dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan Jalan Sungai Buloh iaitu Persiaran Kwasa Puteri, dan juga dihubungkan dengan Persiaran Kwasa Perdana.[perlu rujukan]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform | Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 2: 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara | ||
| ← Platform 1: 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kajang (Kota Damansara) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar | Mesin tiket. pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbaguna |
| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen MRT Kwasa Sentral adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka untuk tujuan pandu dan rantau yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[9]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Kwasa Sentral mempunyai dua pintu masuk dan keluar. Kini, hanya Pintu A sahaja dibuka kepada pengguna untuk akses ke tempat letak kenderaan, hentian bas[10][11][12], teksi dan kenderaan persendirian. Pintu B masih ditutup kepada pengguna dan akan dibuka untuk pembangunan masa akan datang.[8][13]
| Laluan Kajang - Kwasa Sentral | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Persiaran Kwasa Puteri |
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Kawasan meletakkan kenderaan berbayar (pandu dan rantau), Jalan Tasik Chini U4/22, Jalan Tasik Pedu U4/25 | |
| B | Susur Persiaran Kwasa Puteri | Ditutup dan akan dibuka bagi pembangunan akan datang | |
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan T772, T801, T802, T803, T804 berkhidmat di stesen ini. Kekerapan bas ialah di antara 10 minit hingga 15 minit.[11][12]
| Laluan | Terminal | Jumlah perhentian | Melalui | ||
|---|---|---|---|---|---|
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Taman Bukit Subang | 22 stesen | Jalan Metafasa U16/5 Persiaran Metafasa Jalan Pekan Subang Jalan Sungai Buloh FT15 Persiaran Elektron Jalan Lapangan Terbang Subang Lama | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Surau Al-Ulum Seksyen 9 | 26 stesen | Persiaran Surian Persiaran Sungai Buloh Persiaran Jati Jalan Nuri 7 Jalan Cecawi 6 Jalan Cecawi 6/19 Jalan Cecawi 6/18 Jalan Teknologi Jalan Taman Sungai Buloh 8 Jalan Pekaka 8/1 Jalan Rimba Riang 9/1 Jalan Rimba Riang 9/6 | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Komersial Nuri 7A | 8 stesen | Persiaran Surian Persiaran Sungai Buloh Persiaran Jati Jalan Nuri 7 | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Komersial Subang Bestari | 29 stesen | Jalan Sungai Buloh Jalan Kosmos Jalan Apollo U5/189 Jalan Apollo U5/192 Jalan Bulan U5/J Jalan Bulan U5/164 Persiaran Angkasa Jalan Matahari U5/ 117 Jalan Matahari U5/102 Persiaran Cakerawala Jalan Utaraid U5/3 Persiaran Atmosfera Persiaran Bulan U5/164 Persiaran Bulan U5/192 | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Hab Subang Suria | 36 stesen | Jalan Sungai Buloh Persiaran Galaksi Persiaran Fajar Jalan Nova U5/63 Jalan Nova U5/46 Jalan Nova U5/55 Jalan Nova U5/3 Persiaran Atmosfera Jalan Noba U5/2 Jalan Nova U5/10 | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Komersial Seksyen 6 Barat | 12 stesen | Persiaran Sungai Buloh Persiaran Surian Jalan Cecawi 6 Jalan Cecawi 6/19 Jalan Cecawi 6/18 Jalan Teknologi Jalan Taman Sungai Buloh 8 | |
| MRT Kwasa Sentral Pintu A | ↺ | Komersial Subang Perdana Barat | 15 stesen | Jalan Sungai Buloh Jalan Lapangan Terbang Subang Lama Jalan Lapangan Terbang Subang Jalan Subang Perdana | |
T801 (baru)
[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan bas laluan T801 yang baharu dan telah disusun semula, akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Kota Damansara, dengan 24 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Perkhidmatan bas T801 yang berasal daripada Stesen MRT Kwasa Sentral akan melalui Persiaran Surian, Persiaran Sungai Buloh, Persiaran Jati, Jalan Nuri 7, Jalan Cecawi 6, Jalan Cecawi 6/19, Jalan Cecawi 6/18, Jalan Teknologi, Jalan Taman Sungai Buloh 8, Jalan Pekaka 8/1, Jalan Rimba Riang 9/1, Jalan Rimba Riang 9/6 dan akan berulang-alik ke perhentian bas yang telah diberikan. Sebanyak 24 buah perhentian bas telah disusun dan diberikan pada laluan bas T801, iaitu Taman Industri Sungai Buloh (Timur), Bestari De Kota (Selatan), Bestari De Kota (Timur), Perumahan Jalan Nuri, Pangsapuri Kasia, Komersial Nuri 7A, Komersial Pekaka, Kasturi Idaman, SMK Seksyen 8 Kota Damansara, Perumahan Pekaka 8/18, Perumahan Pekaka 8/16, Perumahan Rimba Riang 9/4, SMK Seksyen 10 Kota Damansara, Komersial Seksyen 6 (Timur), Surau Al-Falah, Kota Damansara, Pangsapuri Tanjung Seksyen 6, Pangsapuri Cempaka Tanjung 6, Komersial Seskyen 6 (Timur), Komersial Seksyen 6 (Barat), Pusat Komersial Seksyen 6, Kompleks Muhibbah Barat, Taman Industri Sungai Buloh (Utara) dan Taman Industri Sungai Buloh (Barat).[14][15]
T801 (lama)
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas laluan T801 yang lama pada asalnya hanya melalui kawasan utara Kota Damansara atau lebih tepatnya di Seksyen 7 dan 8. Tetapi ia telah digabungkan dengan laluan bas T803 dan membentuk laluan baharu dengan kod sama, iaitu T801. Merangkumi enam perhentian bas iaitu, Taman Industri Sungai Buloh (Timur), Bestari De Kota (Selatan), Bestari De Kota (Timur), Perumahan Jalan Nuri, Pangsapuri Kasia, Kasturi Idaman dan Pangsapuri Ixora, dan berulang-alik ke Pintu A MRT Kwasa Sentral dan Komersial Nuri 7A. Bermula di Pintu A MRT Kwasa Sentral, perkhidmatan bas ini akan melalui Persiaran Sungai Buloh, Persiaran Surian, Jalan Nuri 7, Persiaran Jati, Jalan Sungai Buloh (Jalan Persekutuan 15 dan Jalan Negeri B9) dan Jalan Pekaka 8/1.[11]
T802
[sunting | sunting sumber]
Terdapat 27 perhentian bas dan dua terminal untuk perkhidmatan bas laluan T802. Bermula di Pintu A Stesen MRT Kwasa Damansara, T802 akan melalui Jalan Sungai Buloh, Jalan Kosmos, Jalan Apollo U5/189, Apollo U5/192, Jalan Bulan U5/J, Jalan Bulan U5/164, Persiaran Angkasa, Jalan Matahari U5/ 117, Jalan Matahari U5/102, Persiaran Cakerawala, Jalan Utaraid U5/3, Persiaran Atmosfera, Persiaran Bulan U5/164, dan Persiaran Bulan U5/192. Laluan bas ini akan menghubungkan penduduk di sekitar Kwasa Land (RRI) Barat, Kwasa Land (RRI) Timur, Subang 2, Seksyen U5 Shah Alam, Subang Idaman, Pangsapuri Mentari, Pangsapuri Opal, Taman Nusa Subang, Subang Bestari, Pangsapuri Sri Galaxy, Pangsapuri Mutiara Subang, Pangsapuri Subang Suria, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Universiti HELP, Padang Apollo, Komersial Apollo U5/189, Komersial Apollo U5/192, Komersial Bulan U5/J, Komersial Bulan U5/164 dan pusat beli-belah Star Avenue. Bas T802 akan berulang-alik di Komersial Subang Bestari dan Pintu A MRT Kwasa Sentral.[12][15][16]
Bas perantara sementara (Sungai Buloh - Kwasa Sentral)
[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan bas ini adalah sementara sahaja akibat penutupan stesen MRT Sungai Buloh dan stesen MRT Kampung Selamat untuk kerja-kerja migrasi akhir MRT Laluan Kajang ke Laluan Putrajaya. Ia ditubuhkan pada 9 Oktober 2021 dan dibubarkan pada 16 Jun 2022, bersama dengan pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya. Semua penumpang dari dua stesen disebut diatas akan dihantarkan ke Stesen MRT Kwasa Sentral dengan kos tambang percuma. Kekerapan bas adalah setiap 15 minit.[17]
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Pemandangan keseluruhan stesen
- Pemandangan kedua keseluruhan stesen
- Pemandangan ketiga keseluruhan stesen
- Kawasan pandu dan rantau stesen
- Pemandangan panorama taman dan pandu dan rantau di sebelah stesen
- Perhentian bas di sebelah stesen
- Bas pengantara di hentian bas di sebelah stesen
- Pemandangan Pintu A serta peta lokasi stesen
- Pemandangan eskalator ke aras legar di Pintu A stesen
- Pemandangan ruang legar ke arah Pintu B yang tidak dibuka
- Pemandangan laluan pejalan kaki ke kawasan pandu dan rantau dan perhentian menunggu di Pintu A
- Pemandangan tren di platform stesen
- Pemandangan stesen menghampiri dari landasan trek
- Pemandangan platform dan landasan trek stesen
- Pemandangan luaran bangunan pintu A stesen
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ↑ Meng Yew Choong (2021-07-10). "Flashback #Star50: Why drive? Get on the MRT". The Star Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
- 1 2 Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
- ↑ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 2021-10-10.
- ↑ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
- ↑ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (2016-12-15). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2018-11-06.
- ↑ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (2016-12-15). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2018-11-06.
- 1 2 "Kwasa Sentral — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ↑ "Park N' Ride — Kwasa Sentral". MRT Corp. 12 Jan 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ↑ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
- 1 2 3 "MRT Kwasa Sentral (T801) & (T803) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-21. Dicapai pada 2017-07-22.
- 1 2 3 "MRT Kwasa Sentarl (T802) & (T804) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-07-20.
- ↑ "Kwasa Sentral MRT Station" [Stesen MRT Kwasa Sentral]. Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2020-12-20.
- ↑ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T801 - MRT Kwasa Sentral — Seksyen 6,7,8, 9 Kota Damansara". Moovit. 2018-03-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada 2020-03-25.
- 1 2 "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-27. Dicapai pada 2022-06-27.
- ↑ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T802 - MRT Kwasa Sentral Subang Bestari". Moovit. 2018-03-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-30. Dicapai pada 2020-03-25.
- ↑ RailTravel Station (2021-11-20). "MRT Kajang Line Free Shuttle Bus Service" [Perkhidmatan Bas Percuma Ulang-alik MRT Laluan Kajang]. railtravelstation.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-20.
- Bernama (2016-09-26). "Fasa Pertama Projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Semantan Siap Awal". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
