Stesen ERL KLIA2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KLIA2 KLIA Ekspres
LokasiStesen ERL KLIA2, Aras 2, Gateway@klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°44′40.6″N 101°41′06.7″E / 2.744611°N 101.685194°E / 2.744611; 101.685194Koordinat: 2°44′40.6″N 101°41′06.7″E / 2.744611°N 101.685194°E / 2.744611; 101.685194
Dimiliki olehExpress Rail Link
Laluan6 KLIA Ekspres
7 KLIA Transit
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur#klia2 KLIA2
Pengangkutan bas KLIA2
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanDisediakan oleh KLIA
Sejarah
Dibuka1 Mei 2014
Perkhidmatan
ERL
menghala ke KL Sentral
KLIA EkspresStesen terakhir
KLIA Transit
Lokasi
Map

Stesen ERL KLIA2 ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi perkhidmatan KLIA Transit dan KLIA Ekspres.[1] Stesen ini dibuka kurang seminggu selepas KLIA2 dibuka kepada awam pada 2 Mei 2014.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak Gateway@klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia. Selain KLIA, mercu tanda lain di sekitar stesen adalah ibu pejabat AirAsia dan Hotel Tune klia2.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, Gateway@klia2 Akses OKU
G
Platform
KLIA Ekspres 6 KLIA Ekspres menghala ke KL Sentral (KLIA)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan Akses OKU
KLIA Transit 7 KLIA Transit menghala ke KL Sentral (KLIA)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah untuk perkhidmatan KLIA Transit. Ruang legar stesen yang menempatkan mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan terletak di aras 2, pusat membeli-belah Gateway@klia2. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada pusat membeli-belah Gateway@klia2.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat bas tempatan dan dan bas ulang-alik berkhidmat di aras 1 Bangunan Terminal Utama KLIA iaitu laluan bas RapidKL E1, laluan bas Smart Selangor BTG1, SPG1 dan SPG2 serta laluan bas ulang-alik ke LTCP dan Mitsui Outlet Park.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Our Services" [Perkhidmatan Kami] (dalam bahasa Inggeris). Express Rail Link Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-03. Dicapai pada 12 Jun 2014.
  2. ^ Patrick Lee (21 Apr 2014). "ERL to KLIA2 to commence on May 2". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Jun 2019.