Stesen LRT Awan Besar
SP19 Awan Besar اون بسر | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan sisi bangunan stesen dari Jalan 4/155 | |||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Awan Besar, Jalan 4/155, Bukit OUG, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°3′43.3″U 101°40′14.3″T / 3.062028°U 101.670639°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
| Platform | 1 platform pulau | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Ada; 193 petak parkir | ||||||||||
| Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | SP19 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 31 Oktober 2015 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen LRT Awan Besar adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena sebuah jalan raya di timur laut stesen iaitu Jalan Awan Besar.
Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT (LRT Extension Project) yang meluaskan jajaran ke stesen Putra Heights dari stesen Sri Petaling, dan dibuka pada 31 Oktober 2015 di bawah Fasa 1 pembukaan projek tersebut.[1]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Awan Besar menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen Sri Petaling dan stesen Muhibbah. Kod stesen bagi stesen ini ialah SP19.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Awan Besar terletak di bucu Jalan 4/155 di Bukit Jalil, kira-kira 400 meter (0.25 bt) ke arah barat daya dari Persimpangan Awan Besar bawah penjajaran
Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Jalan Awan Besar serta ke arah barat dari persimpangan Jalan 4/155–Jalan Jalil Perkasa 1–Jalan Jalil Perkasa 7.
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- Dewan Freemason Bukit Jalil
- Kondominium Kiara Residences
- Kondominium Bukit OUG
- Taman Perumahan Bukit Jalil
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
→ Platform 1: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (Sri Petaling) |
| Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan | ||
| ← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Muhibbah) | ||
| L1 | Aras legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbaguna |
| G | Aras tanah |
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian |
Stesen LRT Awan Besar adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.
Selain itu, terdapat kawasan parkir kereta untuk tujuan Park N' Ride yang boleh menempatkan sehingga 193 kenderaan persendirian,[2] serta dilengkapi dengan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Awan Besar hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar.
| Laluan Sri Petaling - Awan Besar | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Jalan 4/155 | Hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian, Park N' Ride, Bukit OUG |
|
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan 651, 652, T580, T582 dan T583 berkhidmat di stesen ini.
Terdapat juga perkhidmatan bas perantara percuma dari stesen ini ke Pavilion Bukit Jalil dengan frekuensi setiap 40 minit.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Ryannesh Panicker (2015-10-23). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-06. Dicapai pada 2020-01-06.
- ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-04.
- ↑ "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-04.
