Stesen LRT Ampang
AG18 Ampang أمڤڠ | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan bangunan depan stesen | |||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang, Pekan Ampang Jaya 68000 Ampang, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°09′1″U 101°45′36″T / 3.15028°U 101.76000°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
| Platform | 1 platform pulau | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Ada; 1,140 petak parkir | ||||||||||
| Kemudahan basikal | 20 petak parkir | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | AG18 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen LRT Ampang adalah stesen transit aliran ringan (LRT) di Ampang, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Ampang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penjajaran asal dari stesen ini ke Chan Sow Lin sepanjang 6.1 kilometer (3.8 bt) asalnya merupakan penjajaran di bawah KTM yang dibuka pada 1 Mei 1914.[1]
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR-LRT (kini Laluan Ampang) yang menelusuri 13 stesen dari stesen ini ke stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[2]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Ampang menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Ampang dan merupakan stesen terminal timur untuk laluan ini. Stesen ini terletak selepas stesen Cahaya dan mempunyai kod stesen AG18.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen Ampang terletak di Ampang Jaya berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Penjajaran
Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang (SUKE) juga berhampiran dengan stesen ini.
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- Taman Dagang (barat stesen)
- Surau An-Nur Taman Dagang
- Kompleks Perniagaan Ampang Mewah (timur stesen)
- Pejabat Kedutaan Zimbabwe
- Kampung Melayu Ampang
- Pekan Ampang
- SK Ampang
- Masjid Jamiul Huda
- Klinik Kesihatan Ampang
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| G | Platform | Platform 1: Landasan tidak digunakan | |
| Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan | |||
| → Platform 2: Tren menghampiri stesen ← Platform 2: 3 Laluan Ampang menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (Cahaya) | |||
| G | Ruang legar |
Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian | |
Stesen Ampang adalah stesen atas tanah dimana ruang legar dan ruang platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform pulau untuk perkhidmatan laluan ini. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3]
Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (Multi-Storey Park and Ride, MSPR) yang mampu menempatkan sehingga 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita serta rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4][5]
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 2019-05-27.
- ↑ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 2020-01-05.
- ↑ Kevin Tan (2011-07-23). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 2019-06-11.
- ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-28.
- ↑ "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-28.
