Stesen LRT Kinrara BK5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kinrara BK5 Rapid KL
LokasiStesen Kinrara BK5, Lebuhraya Bukit Jalil, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°3′01.5″N 101°38′39.2″E / 3.050417°N 101.644222°E / 3.050417; 101.644222Koordinat: 3°3′01.5″N 101°38′39.2″E / 3.050417°N 101.644222°E / 3.050417; 101.644222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 4.png Laluan Sri Petaling
Platform2
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: 541, T581, SJ03
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan176 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUAda Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SP22 
Sejarah
Dibuka31 Oktober 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Kinrara BK5 ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di kawasan perumahan Bandar Kinrara 5 (BK5), Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Oktober 2015 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini. Ketika pembukaan, stesen ini merupakan terminus selatan bagi Laluan Sri Petaling.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Pasar Raya Besar Giant Bandar Kinrara, Apartmen Servis Eight Kinrara, Stadium Kriket Kinrara, Masjid Al-Ehsan, kawasan perumahan Bandar Kinrara 2, Bandar Kinrara 5 dan Bandar Kinrara 4.

Susunan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SP Arah Utara Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Alam Sutera)
SP Arah Selatan Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (IOI Puchong Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 176 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 541, T581 dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ03 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ryannesh Panicker (23 Okt 2015). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 6 Jan 2020. Dicapai pada 6 Jan 2020.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.