Stesen LRT Puchong Perdana
SP28 Puchong Perdana ڤوچوڠ ڤردان | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan luar bangunan stesen dari Persiaran Puchong Perdana | |||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Puchong Perdana, Persiaran Puchong Perdana, Taman Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°00′28.3″U 101°36′17.5″T / 3.007861°U 101.604861°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | SP28 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 4 30 Jun 2016 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen LRT Puchong Perdana adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena kawasan terletaknya stesen ini iaitu Taman Puchong Perdana dan jalan raya di bawahnya; Persiaran Puchong Perdana.
Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT (LRT Extension Project) yang meluaskan jajaran ke stesen Putra Heights dari stesen Sri Petaling, dan dibuka pada 30 Jun 2016 di bawah Fasa 3 pembukaan projek tersebut (sekaligus dengan Laluan Kelana Jaya.[1]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Puchong Perdana menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen Bandar Puteri dan stesen Puchong Prima. Kod stesen bagi stesen ini ialah SP28.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Puchong Perdana terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), di atas Persiaran Puchong Perdana di Taman Puchong Perdana, Puchong.
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- Kompleks Puchong Perdana
- Masjid As-Salam Puchong Perdana
- Taman Tasik Puchong Perdana
- Kawasan perumahan Taman Puchong Perdana
- Kawasan perumahan Taman Puchong Indah
- Hotel Hilton Garden Inn Puchong
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 1: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (Bandar Puteri) | ||
| ← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Puchong Prima) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar | Mesin tiket, kedai serbaneka, pintu pagar tambang, dan kaunter perkhidmatan pelanggan |
| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian |
Stesen LRT Puchong Perdana adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Selain itu, stesen ini juga dilengkapi rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Puchong Perdana mempunyai dua pintu masuk dan keluar.
| Laluan Sri Petaling - Puchong Perdana | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Jalan Dahlia 1 | Hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian, Taman Puchong Indah, Masjid As-Salam Puchong Perdana |
|
| B | Jalan Perdana 3/1 | Kompleks Puchong Perdana, Taman Puchong Perdana |
|
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Malik Ridhwan (2016-06-27). "Sambungan jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang mula operasi 30 Jun". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-05. Dicapai pada 2018-11-07.
- ↑ "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-11.
