Stesen LRT Sentul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sentul Rapid KL
Sentul station (Ampang Line) (exterior), Sentul, Kuala Lumpur.jpg
LokasiStesen Sentul, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°E / 3.17833; 101.69556Koordinat: 3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°E / 3.17833; 101.69556
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 3.png Laluan Ampang
Line 4.png Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T180
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan158 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen AG2   SP2 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhir
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Sentul adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sentul. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Apartment Bandar Baru Sentul. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Residensi Sentulmas, kondominium The Capers, gereja Methodist Grace, gereja Pentekosta Malaysia, kuil Sri Maha Muneeswarar, Depoh Kenderaan DBKL Sentul, SMK Methodist (L) Sentul, Sekolah Methodist Wesley Kuala Lumpur (Antarabangsa) dan UTC Sentul.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
AG/SP Arah Selatan Line 3.png Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Titiwangsa)
Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Titiwangsa)
AG/SP Arah Utara Line 3.png Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur
Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 158 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.