Stesen Bandar Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen MRT Bandar Utama)
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai stesen MRT. Untuk sebuah kawasan perumahan dan komersial di Damansara, sila lihat Mutiara Damansara.
 SBK09   BK01 
Bandar Utama
Stesen Transit Massa.
Bandar Utama Platform View 1.jpg
Platform 2 stesen MRT Bandar Utama.
Nama lainبندر اوتام (Jawi)
万达镇 (Cina)
பந்தர் உத்தாமாவில் (Tamil)
LokasiStesen Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1]
Koordinat3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°E / 3.1466444; 101.6187472Koordinat: 3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°E / 3.1466444; 101.6187472
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang
 11  Bandar Utama–Klang Line (Dalam Pembinaan)
Platform SBK09  2 platform sisi[1]
Landasan2
SambunganBus transport 506,[2] 802,[3] T811,[4] dan T812[5]
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanAda dan berbayar. 500 tempat letak kereta[6]
Kemudahan basikalTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK09   BK01 
Sejarah
Dibuka SBK08  16 December 2016[7]
Akan dibuka BK01  2024[8]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Stesen terakhirLaluan Bandar Utama-Klang
menghala ke Johan Setia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Bandar Utama ialah stesen transit aliran massa (MRT) yang menyediakan perkhidmatan tren kepada Bandar Utama dan juga sebahagian kawasan Taman Tun Dr. Ismail yang terletak di seberang Lebuhraya Damansara-Puchong di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Bandar Utama yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[7]

Stesen ini akan berfungsi sebagai stesen pertukaran untuk LRT3 Laluan Bandar Utama-Klang yang dicadangkan dari stesen ini sehingga Johan Setia dalam Klang pada 2024.[8] Stesen ini terletak bersebelahan Pusat Membeli-belah 1 Utama, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Lembah Klang.[9] Mercu tanda lain yang popular berdekatan stesen ini adalah Sri Pentas (ibu pejabat TV3, NTV7, TV9 dan 8TV), Hotel One World, Plaza IBM dan Menara KPMG. Sebuah jejambat pejalan kaki yang telah dibuka pada 1 Februari 2018 menghubungkan stesen ini dengan bagunan-bagunan tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika dalam perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan enklaf TTDI Burhanuddin Helmi yang terletak secara geografi di seberang stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI di sebelah utara mempunyai akses ke stesen ini, manakala TTDI bahagian selatan akan dihubungkan dengan stesen MRT TTDI (200m dari Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail). Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini, merujuk kes penumpang MRT meletakkan kenderaan di sepanjang jalan di Burhanuddin Helmi dan gerai haram akibat sambungan ini.[10] Persatuan tersebut mengutip tandatangan daripada penduduk, walaupun MRT Corp merayu untuk meneruskan jambatan pejalan kaki untuk meningkatkan penggunaan MRT.

Akhirnya, pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[11] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[12]

Susun Atur Stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (TTDI)
SBK Arah Utara  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Mutiara Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras Legar Kedai Serbaguna, Mesin Tiket dan Khidmat Pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras Jalan Pintu Masuk, Hentian Bas, Teksi dan Kenderaan Persendirian Handicapped/disabled access

Perkhidmatan Bas Pengantara[sunting | sunting sumber]

Dengan pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, bas pengantara juga mula beroperasi menghubungkan kawasan kediaman di Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama dan Kampung Sungai Penchala. Bas-bas pengantara beroperasi dari stesen perhentian bas pengantara di bersebelahan bangunan 1 Powerhouse diakses melalui stesen Pintu Masuk A.

Galleri[sunting | sunting sumber]

Stesen[sunting | sunting sumber]

1Powerhouse (Pintu A)[sunting | sunting sumber]

Sambungan Pejalan Kaki ke 1 Utama (Pintu B)[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bandar Utama-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada asal pada 15 Nov 2018. Dicapai 15 Nov 2018. 
  2. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan 506". Moovit. 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada asal pada 7 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  3. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan 802". Moovit. 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada asal pada 9 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  4. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T811". Moovit. 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada asal pada 11 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  5. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T812". Moovit. 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada asal pada 11 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  6. ^ "Tempat Letak Kenderaan Bandar Utama – MRT Corp". MRT Corp. 8 Jun 2018. Diarkibkan daripada asal pada 11 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  7. ^ a b Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada asal pada 22 Jul 2017. Dicapai 6 Nov 2018. 
  8. ^ a b Low, Chia Ming (12 Jul 2018). "Projek LRT3 diteruskan, kos dikurangkan 47 peratus". malaysiakini. Diarkibkan daripada asal pada 11 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  9. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 31 Okt 2018. Dicapai 9 Nov 2018. 
  10. ^ Vijenthi Nair (17 Julai 2014). "Residents share their thoughts on proposed pedestrian linkway in TTDI". Star Property (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 9 Nov 2018. Dicapai 11 Nov 2018. 
  11. ^ Vijenthi Nair (9 Julai 2014). "MRT Corp accepts TTDI folk's decision". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 1 Mei 2017. Dicapai 11 Nov 2018. 
  12. ^ "So near yet so far for MRT". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2017. Diarkibkan daripada asal pada 18 Jun 2017. Dicapai 11 Nov 2018.