Pergi ke kandungan

Stesen LRT Alam Sutera

 SP21  Alam Sutera
عالم سوترا
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pemandangan luar bangunan stesen dari Lebuhraya Bukit Jalil
LokasiStesen LRT Alam Sutera,
Lebuhraya Bukit Jalil,
Bandar Kinrara, 47100 Puchong,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°3′16.7″U 101°39′23.5″T / 3.054639°U 101.656528°T / 3.054639; 101.656528
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambungan Rapid Bus: T581
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP21 
Sejarah
Dibuka31 Oktober 2015; 10 tahun yang lalu (2015-10-31)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Muhibbah
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling Kinrara BK 5
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Alam Sutera adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Alam Sutera yang berhampiran.

Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT (LRT Extension Project) yang meluaskan jajaran ke stesen Putra Heights dari stesen Sri Petaling, dan dibuka pada 31 Oktober 2015 di bawah Fasa 1 pembukaan projek tersebut.[1]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Alam Sutera menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen Muhibbah dan stesen Kinrara BK 5. Kod stesen bagi stesen ini ialah SP21.

Stesen LRT Alam Sutera terletak di sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 217. Meskipun ia dinamakan sempena kawasan perumahan Alam Sutera yang berada di dalam persempadanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL), namun stesen ini secara fizikalnya berada di dalam persempadanan Selangor iaitu di dalam Bandar Kinrara, Puchong yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:

  • Kawasan perindustrian Bandar Kinrara (di utara stesen)
  • Warna Kinrara (di selatan stesen)
  • Kondominium The Zest @ Kinrara 9
  • Apartmen Denai Sutera

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
→ Platform 1: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  AG01   SP01  Sentul Timur (Muhibbah)
← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Kinrara BK 5)
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
L1 Aras
legar
Mesin tiket, pintu pagar tambang, dan kaunter perkhidmatan pelangganAkses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirianAkses OKU

Stesen LRT Alam Sutera adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini.

Stesen ini tiada tempat parkir kenderaan, akan tetapi dilengkapi dengan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Alam Sutera mempunyai dua pintu masuk dan keluar.

Laluan Sri Petaling - Alam Sutera
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Lebuhraya Bukit Jalil
(arah timur)
Hentian teksi dan kenderaan persendirian,
Taman Perindustrian Kinrara,
Taman Mutiara Bukit Jalil
B Lebuhraya Bukit Jalil
(arah barat)
Hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian,
The Zest @ Kinrara 9

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T581 berkhidmat di stesen ini.

  1. Ryannesh Panicker (2015-10-23). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-06. Dicapai pada 2020-01-06.
  2. "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-03.