Stesen MRT Damansara Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Damansara Damai Rapid KL
Damansara Damai MRT Station (220304).jpg
Permandangan stesen dari Jalan Kuala Selangor.
LokasiStesen MRT Damansara Damai, Jalan Kuala Selangor,47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°12′00″N 101°35′34″E / 3.199870950333161°N 101.5927424561627°E / 3.199870950333161; 101.5927424561627Koordinat: 3°12′00″N 101°35′34″E / 3.199870950333161°N 101.5927424561627°E / 3.199870950333161; 101.5927424561627
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya (Dibuka November 2021)
Platform1
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SSP05 
Sejarah
Dibuka12 November 2021
Perkhidmatan
RapidKL MRT
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SSP
(Mula Nov 2021)
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi

Stesen MRT Damansara Damai adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Damansara Damai, Selangor, Malaysia di mana Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) berkhidmat di stesen ini. Stesen ini akan bermula operasi pada November 2021 dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen Kampung Batu.[1] Ia juga merupakan sebahgian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah selatan Jalan Kuala Selangor. Ia terletak di dalam kawasan perbandaran Damansara Damai dan berdekatan dengan Jalan PJU10/2A, Pusat Perubatan Damansara Damai, Sungai Gasi dan bangunan-bangunan kedai di sekitarnya.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform pulau di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan oleh pihak MRT. Stesen ini juga dilengkapi dengan kawasan parkir Park and Ride.[3]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  3. ^ "Damansara Damai". Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.