Stesen LRT UiTM Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
UiTM Shah Alam
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT UiTM Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 1 Shah Alam, 40450 Shah Alam, Malaysia
Koordinat3°03′48″N 101°30′06″E / 3.063223935265764°N 101.50162251769693°E / 3.063223935265764; 101.50162251769693Koordinat: 3°03′48″N 101°30′06″E / 3.063223935265764°N 101.50162251769693°E / 3.063223935265764; 101.50162251769693
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA14 
Sejarah
Akan dibuka1 Mac 2025; dalam masa 10 bulan (2025-03-01)
DielektrikkanYa
Nama lamaUiTM
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Raja Muda
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang
Seksyen 7 Shah Alam
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT UiTM Shah Alam ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Shah Alam, ibu negeri Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Raja Muda dan Stesen LRT Seksyen 7 Shah Alam serta mempunyai kod stesen iaitu SA14.[1] Stesen LRT UiTM Shah Alam merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT UiTM Shah Alam dilabel sebagai stesen ke-14 dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai UiTM Shah Alam, stesen ini dikenali sebagai UiTM sahaja.

Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT UiTM Shah Alam dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT UiTM Shah Alam menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid KL melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Raja Muda dan stesen Seksyen 7 Shah Alam. Kod stesen bagi stesen LRT UiTM Shah Alam ialah SA14.[1]

Lokasi stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT UiTM Shah Alam terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT UiTM Shah Alam terletak di bawah FT 2 (Jalan Lebuhraya Persekutuan), di Shah Alam, Selangor. Stesen LRT UiTM Shah Alam teletak di dalam kawasan Seksyen 1 Shah Alam di bahagian utara dan Seksyen 16 Shah Alam di bahagian selatan.[11][12] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam, Dewan Tuaku Canselor UiTM, Stadium UiTM, Kompleks Perumahan Kerajaan Selangor Sekysen 16, Flat PKNS Seksyen 16, Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 16, bangunan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM, bangunan Fakulti Undang-undang UiTM, bangunan Institut Kecemerlangan Perniagaan (IBE) UiTM, bangunan Institut Kualiti dan Perkembangan Ilmu (InQKA) UiTM, dan Perpustakaan Undang-Undang Tun Abdul Razak.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c Izwaashura Sadali (5 Julai 2023). "LRT Laluan Shah Alam dijadualkan mula beroperasi Mac 2025, 86% siap setakat ini – Menteri MoT". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ a b "LRT3 to start operation in March 2025 – Anthony Loke" [LRT3 bakal mula beroperasi menjelang Mac 2025] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Berita Nasional Malaysia. 4 Julai 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  4. ^ a b Ruwaida Md Zin (4 Julai 2023). "LRT3 dijangka beroperasi 1 Mac 2025". New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ Izwaashura Sadali (5 Ogos 2021). "LRT3 kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ a b Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  10. ^ Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang (2022). "Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 Sesi 1: Projek LRT3". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  11. ^ a b Google (29 Disember 2023). "UiTM Shah Alam LRT Station (Peta)" [Stesen LRT UiTM Shah Alam]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  12. ^ a b "UiTM Shah Alam LRT Station" [Stesen LRT UiTM Shah Alam]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2023. Dicapai pada 29 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]