Stesen LRT Cempaka
Lokasi | Stesen Cempaka, Jalan Cempaka 8, Taman Cempaka, 55100 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′18″N 101°45′11″E / 3.13833°N 101.75306°EKoordinat: 3°8′18″N 101°45′11″E / 3.13833°N 101.75306°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
K. letak kenderaan | 296 petak parkir | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG16 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen LRT Cempaka ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di Taman Cempaka. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Cempaka 8, Ampang, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Cempaka, Pandan Cahaya, kawasan perumahan flat Pandan Indah, Kondominium Le Jardine, apartmen mewah Pandan Cempaka Townhouse, kondominium D'Pines dan Depoh Bas Pandan Indah.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
G | Bagunan stesen | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
G Platform | ||
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
AG Arah Selatan | → ![]() | |
AG Arah Utara | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri ![]() |
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 296 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T350, T351, T352 dan bas Smart Selangor laluan AJ03 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56.
|access-date=
memerlukan|url=
(bantuan) - ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |