Stesen MRT Surian
![]() Platform 1 stesen menghala Kajang. | |||||||||||
Lokasi | Stesen Surian, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°EKoordinat: 3°8′58.66″N 101°35′36.93″E / 3.1496278°N 101.5935917°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
K. letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK07 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen MRT Surian ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Persiaran Surian, jalan dimana stesen ini terletak. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Dataran Sunway.[2]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian, Kota Damansara, Selangor. Di sebelah utara stesen adalah pusat komersial Dataran Sunway (menempatkan pusat membeli-belah Sunway Giza)[3] dan di sebelah selatan stesen adalah kompleks kondominium dan pusat membeli-belah Tropicana Gardens. Juga terletak berhampiran stesen adalah kompleks pangsapuri mewah Casa Indah dan Kelab Golf Seri Selangor.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
SBK Arah Selatan | → ![]() | |
SBK Arah Utara | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Sunway Nexis dan Tropicana Gardens ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan 780, 802, T807 dan T808 berkhidmat di stesen ini.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jul 2017. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
- ^ "Surian — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |