Pergi ke kandungan

Stesen MRT Kentonmen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 PY14 
Kentonmen Rapid KL
LokasiStesen MRT Kentomen, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°11′44″N 101°40′47″E / 3.1954302082563344°N 101.67961363892073°E / 3.1954302082563344; 101.67961363892073Koordinat: 3°11′44″N 101°40′47″E / 3.1954302082563344°N 101.67961363892073°E / 3.1954302082563344; 101.67961363892073
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen PY14 
Sejarah
Dibuka12 Januari 2023
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kampung Batu
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Jalan Ipoh
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Kentonmen ialah stesen transit aliran deras (MRT) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Putrajaya, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Ia terletak di antara Stesen MRT Kampung Batu dan Stesen MRT Jalan Ipoh serta mempunyai kod stesen iaitu PY14.[1]

Projek Laluan MRT Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Majlis pecah tanah dan pelancaran pembinaan Laluan Putrajaya telah dilakukuan di tapak pembinaan Stesen MRT Putrajaya Sentral. Pada hari yang sama, nama stesen "Kentonmen" disebut dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S14.[2]

Pembinaan MRT Laluan Putrajaya terbahagi kepada sebelas pakej iaitu, V201, V202, V203, V204, V205, V206, V207, V208, V209, V210, dan bawah tanah. Stesen MRT Kentonmen telah terpilih dan akan dibina di bawah Pakej V203, bersama-sama dengan tiga stesen lainnya iaitu, Stesen MRT Sri Delima, Stesen MRT Kampung Batu dan Stesen MRT Jalan Ipoh. Kontak pembinaan stesen-stesen dan kerja-kerja berkaitan di bawah Pakej V203 telah diberikan kepada IJM Construction Sdn. Bhd dengan jumlah sebanyak RM 342.18 juta.[3][4] Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Stesen MRT Kentonmen akan dibuka di bawah Fasa 2 pada Julai 2022 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari stesen ini hingga ke Stesen MRT Putrajaya Sentral tetapi ia telah ditangguhkan ke Januari 2023 akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[5] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Laluan Putrajaya". MRT Corp. Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  2. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  3. ^ Chong Jin Hun (Jun 15, 2017). "IJM wins RM342mil contract to build MRT stations". The Edge Market (dalam bahasa Inggeris). The Edge Communications Sdn. Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 15, 2017. Dicapai pada Disember 12, 2021.
  4. ^ "Awarded Contracts". MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  5. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]