Pergi ke kandungan

Stesen LRT Dato' Menteri

 SA12  Dato' Menteri
داتوء منتري
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pemandangan luar bangunan stesen LRT Dato' Menteri
LokasiStesen LRT Dato' Menteri, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14 Shah Alam, 40000 Shah Alam, Malaysia
Koordinat3°04′12.0″U 101°31′15.7″T / 3.070000°U 101.521028°T / 3.070000; 101.521028
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen SA12 
Sejarah
Dibuka29 Jun 2026; 2 bulan yang lalu (2026-06-29)
DielektrikkanYa
Nama lamaSection 14, Bandar Anggerik, Bandaraya Shah Alam
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Stadium Shah Alam
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam UiTM Shah Alam
menghala ke Johan Setia
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang (2031)
Raja Muda
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Dato' Menteri atau Dato' Menteri – SA Sentral (PKNS)[1] ialah stesen transit aliran ringan (LRT) di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.[2]

Stesen ini dinamakan sempena jalan raya yang terletak di bawahnya, iaitu Persiaran Dato' Menteri. Sebelum dikenali sebagai Dato' Menteri, stesen ini dinamakan sebagai Section 14, Bandar Anggerik, dan Bandaraya Shah Alam semasa fasa perancangan awal.

Pengoperasian stesen serta laluan dibuka secara rasmi untuk perkhidmatan penumpang awam pada 29 Jun 2026.[3]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Dato' Menteri menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam, dan terletak di antara stesen Stadium Shah Alam dan stesen UiTM Shah Alam (stesen Raja Muda menjelang tahun 2031 apabila stesen itu siap dibina dan beroperasi kelak)[4][5]. Kod stesen bagi stesen LRT Dato' Menteri ialah SA12.[2]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Dato' Menteri terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)[6], dan terletak di Persiaran Dato' Menteri, salah satu jalan raya utama di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor yang juga merupakan sebuah jalan raya utama di pusat bandar Shah Alam.[7][8]

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:[7][8]

  • Selangor International Trade Centre, SITC (sebelum ini dikenali sebagai Shah Alam Convention Centre, SACC)
  • Pusat membeli-belah Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Mall)
  • Bangunan UTC Selangor (Anggerik Mall)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) Utama Shah Alam
  • Pejabat Pos Besar Shah Alam
  • Kompleks PKNS Shah Alam Mall
  • Apartmen Vista Alam
  • Avisena Specialist Hospital
  • Bangunan Alinea Suites
  • Plaza Azalea
  • Hentian Bandar Seksyen 14 Shah Alam
  • Bangunan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Taman Tasik Shah Alam
  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Residensi Astrum Shah Alam (dalam pembinaan, dijangka siap 2028)
  • Residensi Sena Residences (dalam pembinaan, dijangka siap 2030)

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras platform Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
→ Platform 1: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA01  Bandar Utama (Stadium Shah Alam)
← Platform 2: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA26  Johan Setia (UiTM Shah Alam)
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
L1 Aras legar Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbagunaAkses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirianAkses OKU

Stesen LRT Dato' Menteri adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.

Stesen ini mempunyai tema warna yang berlainan berbanding stesen-stesen lain di laluan ini, iaitu luaran stesen ini diwarnakan dengan biru yang lebih gelap bertujuan untuk menyerupai tema MBSA.[perlu rujukan]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Dato' Menteri mempunyai dua pintu masuk/keluar. Pintu A terletak di sebelah utara Persiaran Dato' Menteri (menghala timur) manakala Pintu B terletak di sebelah selatan Persiaran Dato' Menteri (menghala barat).

Laluan Shah Alam - Dato' Menteri
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Sebelah utara
Persiaran Dato' Menteri
UTC Selangor,
SITC,
Kompleks PKNS Shah Alam,
Hentian Bas Pusat Bandar,
Wisma MBSA,
Muzium Sultan Alam Shah,
Taman Tasik Shah Alam,
Masjid SSAAS
B Sebelah selatan
Persiaran Dato' Menteri
Muzium Setem Shah Alam,
Pejabat Pos Besar Shah Alam,
Lembaga Zakat Selangor

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Antara perkhidmatan bas perantara untuk stesen ini ialah bas T762 (LRT Dato' Menteri - Bukit Bandaraya) dan bas T753 (LRT Dato' Menteri - Seksyen 8). Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand turut disediakan untuk zon KTM Shah Alam.[9]

  1. SA Sentral (2026-05-29). "🚆 Kini lebih mudah ke Shah Alam". Instagram.
  2. 1 2 "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang]. MyRapid (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-11. Dicapai pada 2026-07-08.
  3. Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar (dalam bahasa Inggeris).
  4. Abdul Rahman, Sharil (2023-10-13). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built" [Bajet 2024: 5 stesen simpanan sebelumnya di sepanjang Laluan LRT Shah Alam bakal dibina]. SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-13.
  5. "Five LRT3 stations back on track". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-28.
  6. Danny Tan (2020-07-20). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2023-12-28.
  7. 1 2 Google (2023-12-28). "Dato' Menteri LRT Station (Peta)" [Stesen LRT Dato' Menteri]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 2023-12-28.
  8. 1 2 "Dato Menteri LRT Station" [Stesen LRT Dato' Menteri]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-12-28. Dicapai pada 2023-12-28.
  9. Rapid KL (2026-06-27). "Informasi Laluan Bas Perantara dan Van Rapid KL On-Demand". Instagram. Dicapai pada 2026-07-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]