Stesen MRT Sentul Barat
Sentul Barat | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) akan datang | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Sentul Barat, Jalan Sultan Azlan Shah, 51110 Kuala Lumpur, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°10′44″N 101°41′08″E / 3.178846°N 101.685567°EKoordinat: 3°10′44″N 101°41′08″E / 3.178846°N 101.685567°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 173, T180, 190, 191 Selangor Omnibus: 100, 103, 104, 107, 120 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY16 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Mac 2023 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Nama lama | Sentul West | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Sentul Barat ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Jalan Ipoh dan Stesen MRT Titiwangsa serta mempunyai kod stesen iaitu PY16.[1] Nama asal stesen ini ialah Sentul West, sebelum ditukar ke Sentul Barat.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Sentul West akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Sentul West terletak sektor landasan kereta api bawah tanah Laluan Putrajaya Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S12. Nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu, Sentul Barat pada tarikh yang tidak diketahui.[2]
Stesen ini tertelak di bawah tanah dan di bawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform, pintu stesen dan struktur berkaitan bagi kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, pada tahun Mac 2016 dengan jumlah sebanyak RM 15.47 bilion, oleh MRT Corp. Kontrak kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer (8.4 bt) itu, juga merangkumi pembinaan stesen MRT Sentul Barat sehingga stesen MRT Bandar Malaysia Selatan.[4][5][6] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]
Stesen MRT Sentul Barat telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Sentul Barat menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Jalan Ipoh dan Titiwangsa. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY16.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di bawah Jalan Sultan Azaln Shah (Jalan Ipoh), di Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen MRT Sentul Barat akan menghubungkan penduduk sekitar di Sentul, Taman Million, Kampung Kasipillay, Taman Segambut, dan Taman Goh Nam Huat. Mercu tanda berhampiran dengan stesen MRT Sentul Barat ialah Stesen Komuter Sentul, yang menyediakan perkhidmatan Laluan Seremban, Tanah Perkuburan Islam Segambut, Kondominium Putra Majestik, Kondominium The Birch, Kondominium Court 28 Residence, Wisma TCT, Kondominium Rivercity, Kuil Sri Thandayuthapani Sentul, SK Sri Dhandayuthapani, dan SK Sentul Utama.[11]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras legar atas | Sambungan aras legar bawah dengan pintu A, B dan C stesen |
B2 | Aras legar bawah | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
B3 Platform |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Titiwangsa) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY04 Kwasa Damansara (Jalan Ipoh) |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2][11]
Infrastruktur stesen
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Sentul Barat tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1]
Stesen MRT Sentul Barat dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara di pintu C, dan bas tempatan di pintu B dan C.[11]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Pintu | Destinasi | Gambar | ||
---|---|---|---|---|
A | Jalan Strachan Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Sentul Link, stesen Komuter Sentul, Depoh KTMB Sentul, SK Sri Dhandayuthapani, SK Sentul Utama |
— | ||
B | Jalan Sultan Azlan Shah Hentian sebelah untuk bas teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Kondominium Putra Majestik, Kondominium The Birch, Kondominium Court 28 Residence, Kampung Kasipillay, Jalan Suppiah Pillay |
|||
C | Jalan Sultan Azlan Shah Hentian sebelah untuk bas, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Million, Wisma TCT, Jalan Gagak, Jalan Kedidi, Jalan Punggok |
|||
Kunci | Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan) | Mesra OKU |
Stesen MRT Sentul Barat mempunyai tiga pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, dan C. Satu daripadanya pembinaanya telah diketepikan dan selebihnya akan dibina serta beroperasi seperti biasa.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c d e MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
- ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
- ^ "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
- ^ Bernama (31 Mac 2016). "MRT Corp awards RM15.47b works package to MGKT" (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Kini. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ "MRT Corp Awards RM 15.47 billion underground work contract to MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). MMC-Gamuda. 31 Mac 2016. Dicapai pada 10 Disember 2022.
- ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ a b c "Maklumat mengenai Stesen MRT Sentul Barat". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.