Stesen LRT Damansara Idaman
Damansara Idaman | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Damansara Idaman, Lebuhraya Baru Lembah Klang, PJU 1A, 47410 Petaling Jaya Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 3°07′22″U 101°35′39″T / 3.122727°U 101.594220°T | ||||||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
| Dikendalikan oleh | Rapid Rail | ||||||||||||||
| Laluan | 11 Laluan Shah Alam | ||||||||||||||
| Platform | 2 (2 platform sisi) | ||||||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||||||
| Status | Dalam pembinaan | ||||||||||||||
| Kod stesen | SA05 | ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
| Akan dibuka | Jun 2026 | ||||||||||||||
| Dielektrikkan | Ya | ||||||||||||||
| Nama lama | Dataran Prima | ||||||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
Stesen LRT Damansara Idaman ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT BU 11 dan Stesen LRT SS 7 serta mempunyai kod stesen iaitu SA05.[1] Stesen LRT Damansara Idaman merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi pada tahun 2026.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.[3] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[4] Stesen LRT Damansara Idaman dilabel sebagai stesen kelima dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[5] Sebelum dikenali sebagai Damansara Idaman, stesen ini dikenali sebagai Dataran Prima.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Damansara Idaman menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen BU 11 dan stesen SS 7. Kod stesen bagi stesen LRT Damansara Idaman ialah SA05.[1]
Menjelang tahun 2028, stesen LRT Damansara Idaman akan terletak di antara stesen LRT Tropicana dan stesen LRT SS 7, sebaik sahaja stesen LRT Tropicana siap dibina.[6]
Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Damansara Idaman terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[7]
Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Damansara Idaman terletak di bawah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Stesen LRT Damansara Idaman teletak di dalam kawasan Damansara Idaman (Seksyen PJU 1A).[8][9][10]
Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini ialah kawasan perniagaan Dataran Prima dan Aman Suria; kawasan perumahan Taman Bukit Mayang Emas, Damansara Idaman, Taipan Ara Damansara dan Ara Damansara; bangunan kondominium Maison Residence, Kondominium Mutiara Oriental, Cantara Residences, dan Maison Residence; Sekolah Menengah Kebangsaan Arrows (Arrows International Secondary School) dan stesen minyak Shell dan Petron cawangan NKVE arah utara.[8][9][10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ↑ Bernama (23 Februari 2026). "LRT3 Shah Alam line expected to be operational before June" [Laluan LRT3 Shah Alam dijangka untuk beroperasi sebelum Jun]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 8 Mac 2026.
- ↑ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua juta orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ↑ "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ↑ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ↑ Abdul Rahman, Sharil (13 Oktober 2023). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built" [Bajet 2024: 5 stesen simpanan sebelumnya di sepanjang Laluan LRT Shah Alam bakal dibina]. SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ↑ Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- 1 2 Google (29 Disember 2023). "Stesen LRT Damansara Idaman (Peta)". Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- 1 2 "Damansara Idaman LRT Station" [Stesen LRT Damansara Idaman]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2023. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- 1 2 "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.
