Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong
SP26 Taman Perindustrian Puchong تامن ڤرايندوسترين ڤوچوڠ | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan luar bangunan stesen | |||||||||||
| Lokasi | Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°01′22.8″U 101°36′48.8″T / 3.023000°U 101.613556°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | 4 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | 4 Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Ada; 347 kotak parkir | ||||||||||
| Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | SP26 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 4 31 Mac 2016 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Sri Petaling yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena kawasan perindustrian di persekitarannya iaitu Taman Perindustrian Puchong (TPP).
Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT (LRT Extension Project) yang meluaskan jajaran ke stesen Putra Heights dari stesen Sri Petaling, dan dibuka pada 31 Mac 2016 di bawah Fasa 2 pembukaan projek tersebut.[1]
Stesen ini barangkali mempunyai nama stesen terpanjang dalam rangkaian Rapid KL, iaitu dengan 27 abjad dalam namanya (termasuk ruang kosong).
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Sri Petaling, dan terletak antara stesen Pusat Bandar Puchong dan stesen Bandar Puteri. Kod stesen bagi stesen ini ialah SP26.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di bandar Puchong, dan sepanjang penjajaran
Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP).
Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:
- Kawasan perindustrian Taman Perindustrian Puchong (di barat stesen)
- Kawasan perniagaan Bandar Puteri (di timur stesen)
- Kompleks Rakan Muda Puchong
- Hospital KPMC Puchong Specialist Center
- Pejabat Cawangan MBSJ Puchong
- Kuil Sri Maha Mariamman
- Persimpangan Kampung Baru Puchong (
Lebuhraya Damansara–Puchong)
Reka bentuk stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong direka oleh NRY Architects, yang juga dipertanggungjawabkan ke atas stesen Awan Besar dan stesen Putra Heights, yang juga di bawah penjajaran Laluan Sri Petaling.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau yang dilancarkan oleh Prasarana, stesen ini mengamalkan amalan hijau, seperti mentol lampu cekap tenaga dan sistem penuaian air hujan dipasang di stesen. Tingkap direka bentuk untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke stesen untuk pencahayaan semulajadi, serta pembinaannya menggunakan bahan lestari dan boleh dikitar semula.[2]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 1: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke AG01 SP01 Sentul Timur (Pusat Bandar Puchong) | ||
| ← Platform 2: 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Bandar Puteri) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar | Mesin tiket, kedai serbaneka, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan jejambat pejalan kaki merentasi LDP (ke Pintu B) |
| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian |
Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Selain itu, terdapat kawasan parkir kereta untuk tujuan Park N' Ride yang boleh menempatkan sehingga 347 kenderaan.[3] Stesen ini juga dilengkapi rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong mempunyai dua pintu masuk dan keluar.
| Laluan Sri Petaling - Taman Perindustrian Puchong | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Jalan TPP 1/7 | Hentian teksi dan kenderaan persendirian, Taman Perindustrian Puchong, Kompleks Rakan Muda Puchong |
|
| B | Jalan Puteri 4/2 | Kawasan Perniagaan Bandar Puteri | |
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Azyyati Ahmad (2016-03-28). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2019-10-21.
- ↑ "Extension of Ampang and Kelana Jaya lines proceeding smoothly | The Star". TheStar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
- ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-03.
- ↑ "Bike & Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-03.
