Stesen BRT Sunway-Setia Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sunway-Setia Jaya Rapid KL
Nama lainسنواي— ستيا جاي (Jawi)
双威-斯迪亚再也 (Cina)
சன்வே-செடியா ஜெயா (Tamil)
LokasiStesen Sunway-Setia Jaya, Lebuhraya Persekutuan, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°04′58.8″N 101°36′44.1″E / 3.083000°N 101.612250°E / 3.083000; 101.612250
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan B1  BRT Laluan Sunway
Platform1 platform sisi
SambunganKlrt-unpaid link.png  2  Setia Jaya
Bus transport Sungei Way Free Trade Zone
Pembinaan
Jenis struktur B1  Bertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SB1 
Sejarah
Dibuka B1  2 Jun 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhirBRT Sunway
menghala ke USJ 7
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen BRT Sunway-Setia Jaya ialah stesen BRT yang terletak di selatan Petaling Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway. Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[1] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.

Stesen BRT ini, walaupun dinamakan Setia Jaya, tidak disepadukan dan perlu dibezakan dengan Stesen Komuter Setia Jaya, dimana perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang berkhidmat. Sebuah laluan pejalan kaki dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan stesen Setia Jaya.

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di PJS 8, Petaling Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah persimpangan Sunway Jkr-ft2.png Lebuhraya Persekutuan manakala di selatan stesen adalah Leisure Commerce Square. Juga terletak berhampiran adalah flat perumahan Desa Mentari, Pangsapuri Damai, PJS 8 dan PJS 6.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SB Arah Selatan  B1  BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (Mentari)
M Aras mezanin Laluan pejalan kaki ke pintu Lebuhraya Persekutuan dan  2  Setia Jaya
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan satu platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan terletak di aras platform. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di selatan  2  Setia Jaya. Walaupun terletak bersebelahan, tiada sambungan berbayar dibina antara dua stesen. Penumpang perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan BRT ke KTM Komuter dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sungei Way Free Trade Zone dimana bas Causeway Link laluan P701; bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710 dan 734; bas RapidKL laluan 750 dan 751 berkhidmat di hentian bas tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada asal pada 18 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019.