Stesen LRT Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelana Jaya Rapid KL
LokasiStesen Kelana Jaya, Lebuhraya Damansara-Puchong, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′45″N 101°36′15″E / 3.11250°N 101.60417°E / 3.11250; 101.60417Koordinat: 3°06′45″N 101°36′15″E / 3.11250°N 101.60417°E / 3.11250; 101.60417
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 506, T780, T781, 783, 802
Pengangkutan bas Bas Ulang-alik: C1 (Paradigm Mall), One Utama, The Starling
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan482 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ24 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Kelana Jaya merupakan sebuah stesen LRT yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Sebelum projek Sambungan Jajaran LRT siap pada tahun 2015, stesen ini merupakan terminal barat bagi Laluan Kelana Jaya. Kelana Jaya juga merupakan nama bagi laluan LRT ini. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini antara stesen ini dan stesen Pasar Seni.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang E11 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah selatan, Petaling Jaya, Selangor. Stesen ini terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Taman Megah E11 (LDP). Juga terletak berdekatan ialah Kelana Jaya (SS 4 dan SS 5), Taman Bukit Emas, Taman Mayang Jaya (SS 26) dan SK Taman Megah.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taman Bahagia)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Lembah Subang))
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 482 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 506, T780, T781, 783 dan 802 berkhidmat di stesen ini. Selain itu, terdapat juga bas ulang-alik ke pusat membeli-belah utama seperti laluan C1 (Paradigm Mall), One Utama dan The Starling.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.