Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bandar Tun Hussein Onn Rapid KL
LokasiStesen Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Utama Tun Hussein Onn, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.
Koordinat3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°E / 3.062056; 101.773056Koordinat: 3°03′43.4″N 101°46′23.0″E / 3.062056°N 101.773056°E / 3.062056; 101.773056
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluanLine 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T415, KJ03
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan305 petak parkir
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK29 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pekan Bandar Tun Hussein Onn yang terletak 2km barat stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]

Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak bersebelahan Plaza Tol Batu 11 Cheras, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah E7 Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah utara stesen adalah persimpangan Tun Hussein Onn E7 Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan dan komersial Batu 11 Cheras dan Cheras Perdana.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan Line 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Batu 11 Cheras)
SBK Arah Utara Line 9.png Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Sri Raya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 305 petak parkir kereta.[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T415 dan bas Smart Selangor laluan KJ03 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ "Bandar Tun Hussein Onn — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  3. ^ "Park N' Ride — Bandar Tun Hussein Onn". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.