Stesen LRT Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gombak Rapid KL
LokasiStesen Gombak, Jalan Terminal Putra, 53100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°13′52″N 101°43′28″E / 3.23111°N 101.72444°E / 3.23111; 101.72444Koordinat: 3°13′52″N 101°43′28″E / 3.23111°N 101.72444°E / 3.23111; 101.72444
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T200, T201, MPS1
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan1260 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Maklumat lain
Kod stesen KJ1 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhirLaluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Gombak (dahulunya dikenali sebagai Stesen LRT Terminal PUTRA) merupakan sebuah stesen LRT di Gombak, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal bagi Laluan Kelana Jaya RapidKL dan stesen paling utara dalam sistem pengangkutan RapidKL. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999, sebahagian segmen kedua LRT Putra yang merangkumi 12 stesen diantara stesen Masjid Jamek dan stesen ini (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]


Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di utara Taman Melati, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, stesen ini terletak di negeri Selangor kerana kedudukan stesen ini berhampiran sempadan KL-Selangor. Di sebelah barat stesen adalah Jalan Terminal putra manakala di sebelah timur stesen adalah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Juga terletak berhampiran stesen adalah Kampung Tengah Tambahan MRR2, taman perumahan Cemerlang Heights, Putra Villa Condominium dan Flat Taman Melati.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Melati)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya berakhir di stesen ini, keluar sahaja
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan bertingkat, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 1260 petak parkir kereta — 24 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 155 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T200, T201 dan bas Smart Selangor laluan MPS1 berkhidmat di stesen ini.

Rancangan masa depan[sunting | sunting sumber]

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, stesen LRT ini akan menjadi sebuah hab pengangkutan untuk bas ekspres dari Pantai Timur Malaysia. Ia akan menggantikan Terminal Bas Putra yang sesak. Namun sehingga kini, tidak terdapat apa-apa rekaan dikeluarkan mahupun pembinaan dijalankan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Minderjeet Kaur (2006-04-01). "9MP Report: Transport hubs to ease travel woes". New Straits Times. Dicapai pada 2008-07-01.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]