Stesen MRT Taman Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taman Pertama Rapid KL
SBK Line Taman Pertama Platform 1.jpg
Nama lainتامن ڤرتام (Jawi)
第一花园 (Cina)
தமன் முதல் (Tamil)
LokasiStesen Taman Petama, Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°06′45.86″N 101°43′45.44″E / 3.1127389°N 101.7292889°E / 3.1127389; 101.7292889Koordinat: 3°06′45.86″N 101°43′45.44″E / 3.1127389°N 101.7292889°E / 3.1127389; 101.7292889
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan 9  Laluan Sungai Buloh-Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Velodrom Business Park
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK23 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Taman Pertama ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Pertama yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Taman Bukit Ria.[2]

Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan Jalan 2/90 di sebelah timur stesen dan Jkr-ft1.svg Jalan Cheras. Di sebelah barat daya stesen terletaknya persimpangan bulatan antara Jalan Loke Yew, Jalan Yaacob Latiff dan Jalan Cheras. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Pertama, Taman Tenaga, Taman Bukit Ria, Hospital Veterinar Cheras, Pasar Malam Taman Bukit Ria, Cantik Apartment, SMK Cheras, SK Seri Cheras, Perumahan Awam Seri Sabah, pangsapuri mewah Sommerset Close, Lido Residency, Vistaria Residensi, Villa Vista Condominium dan Villa Seri Putri. Stesen ini juga terletak berhampiran bekas Velodrom Cheras yang dibagunkan menjadi pembagunan komersial.[3]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Midah)
SBK Arah Utara  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Aeon-Maluri)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 400 dan 450 berkhidmat di hentian bas Velodrom Business Park berdekatan stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada asal pada 22 Nov 2018. Dicapai 22 Nov 2018. 
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Mei 2019. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ Intan Farhana Zainul (20 Jun 2015). "Jakel unveils maiden property project". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Mei 2019. Dicapai 28 Mei 2019. 
  4. ^ "Taman Pertama — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai 29 Mei 2019.