Stesen LRT Setiawangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Setiawangsa Rapid KL
Setiawangsa station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.JPG
Nama lainستياوڠسا (Jawi)
斯迪亚旺沙 (Tulisan Cina Mudah)
செதியாவன்க்ச (Tamil)
LokasiStesen Setiawangsa, Jalan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur
Malaysia
Koordinat3°10′32.57″N 101°44′09.09″E / 3.1757139°N 101.7358583°E / 3.1757139; 101.7358583
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
Platform1
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T223
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan125 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ5 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Setiawangsa ialah stesen LRT aras tinggi yang terletak berdekat dengan sempadan Kuala Lumpur dan Selangor di Ampang, Selangor. Nama stesen ini diambil sempena Taman Setiawangsa, kawasan perumahan besar, yang terletak di timur laut stesen. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak sepanjang Jalan Jelatek di Keramat, Selangor berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah kompleks kondominium mewah seperti Seri Maya, One Jelatek, Kampung Warisan dan Dataran Jelatek; Masjid Muadz Bin Jabal; taman perumahan AU 1; dan kem tentera pusat KEMENTAH.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1
Platform
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Jelatek)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Sri Rampai)
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 125 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T223 berkhidmat di stesen ini.

Insiden[sunting | sunting sumber]

  • 22 Julai 2015, 8:12 pagi - Tren 4 koc secara tiba-tiba terbakar ketika menghampiri stesen Setiawangsa akibat kegagalan brek dan api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya dua puluh minit kemudian. Tren tersebut dihantar ke stesen Sri Rampai (KJ4) bagi melancarkan perkhidmatan. Tiada kecederaan dilaporkan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 25 Apr 2017. Dicapai 7 Mei 2019. 
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 28 Mei 2019. 
  4. ^ "Gerabak tren LRT terbakar dekat Stesen Setiawangsa". Berita Harian. 22 Jul 2015. Diarkibkan daripada asal pada 7 Mei 2019. Dicapai 7 Mei 2019.