Stesen Ampang Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ampang Park Rapid KL
Ampang Park station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg
Nama lainامڤاڠ ڤاك (Jawi)
安邦广场 (Cina)
அம்பாங் பார்க் (Tamil)
LokasiStesen Ampang Park, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
 12  Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (dibuka Julai 2022)
Platform1
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: BET7, 300, 302, 303
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
K. letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ9 
Sejarah
Dibuka 5  1 Jun 1999
Akan dibuka 12  2024
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Other services
  Perkhidmatan masa depan  
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SSP
(Mula Jul 2022)
menghala ke Putrajaya
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Ampang Park ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil daripada pusat membeli-belah tertua di Malaysia, Ampang Park Mall, yang telah ditutup pada Januari 2018. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian daripada pembukaan fasa kedua  5  Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen ini mula dibuka kepada awam pada 1 Jun 1999 dengan pembukaan segmen kedua LRT PUTRA (kini LRT Laluan Kelana Jaya) antara Masjid Jamek dan Gombak.[1] Stesen ini dihubungkan dengan pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur, Ampang Park yang dibuka sejak 1975.[2]

Pada Oktober 2015, kerajaan Malaysia memulakan proses mengambil alih pusat membeli-belah Ampang Park untuk pembinaan stesen MRT yang akan diintegrasikan dengan stesen LRT sedia ada.[3] Pada 1 Januari 2018, pusat membeli-belah Ampang Park ditutup bagi memulakan kerja pembinaan stesen MRT Ampang Park.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah barat persimpangan antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat berbagai-bagai kondominium mewah di sekitar stesen ini seperti MyHabitat, Vista Damai, Desa Kudalari, The Troika, dan Oval Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat pelbagai menara pejabat di sekitar stesen ini seperti Menara Avenue Residences, Menara Tan & Tan, Menara KL Trillion, Menara Integra, Menara Ilham, Wisma MCA, Menara Atlan, Menara Binjai, Menara PNB, Menara Tabung Haji, Menara Citibank dan Plaza OSK. Stesen ini juga terletak berdekatan Hotel PNB Perdana, Hotel Somerset Kuala Lumpur, Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, pejabat Kedutaan Turki dan pusat membeli-belah Intermark Mall.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras tanah Pintu masuk, jejambat ke pusat membeli-belah Intermark Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access
B1 Aras legar Mesin tiket, pintu tambang, dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
B2
Platform
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Damai)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (KLCC)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan BET7, 300, 302 dan 303 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 25 Apr 2017. Dicapai 7 Mei 2019. 
  2. ^ a b Alia Mior (24 Dis 2017). "Bidding farewell to Ampang Park" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 9 Jan 2018. Dicapai 7 Mei 2019. 
  3. ^ Noel Achariam. "Ampang Park to make way for MRT station" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 7 Mei 2019. Dicapai 7 Mei 2019.