Stesen LRT Alam Megah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Megah Rapid KL
Permandangan platform stesen LRT Alam Megah.
LokasiStesen Alam Megah, Jalan Beranang 27/14A, 40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°01′23″N 101°34′19″E / 3.02306°N 101.57194°E / 3.02306; 101.57194Koordinat: 3°01′23″N 101°34′19″E / 3.02306°N 101.57194°E / 3.02306; 101.57194
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T757
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan196 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ35 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Alam Megah ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Alam Megah yang berhampiran di Shah Alam, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran Persiaran Putra Perdana di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Berdekatan stesen ini adalah Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara, Taman Putra Bestari, Masjid Baitul Mahabbah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tun Tan Siew Sin.

Struktur stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Subang Alam)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (USJ 21)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 196 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T757 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.