Stesen Titiwangsa
SP3 MR11 SSP13 Stesen Pertukaran LRT/Monorel Titiwangsa ستيسين مونوريل تيتيوڠسا | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen alihan laju Laluan Ampang dan KL Monorail. | |||||||||||||||||||||
Pandangan luar di sebelah timur Stesen Laluan Ampang (LRT) Titiwangsa. | |||||||||||||||||||||
Lokasi | Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia. | ||||||||||||||||||||
Koordinat | 3°10′23″N 101°41′43″E / 3.17306°N 101.69528°E | ||||||||||||||||||||
Aliran/laluan | 4 Laluan Sri Petaling (1998 hingga kini) 8 KL Monorail (2003 hingga kini) 12 Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Dibuka pada Julai 2022) | ||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi (Laluan Ampang dan KL Monorail) | ||||||||||||||||||||
Landasan | 2 (Laluan Ampang) 1 (KL Monorail) | ||||||||||||||||||||
Sambungan | Hab bas RapidKL | ||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||
K. letak kenderaan | Tiada | ||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||
Kod stesen | SP3 MR11 SSP13 | ||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||
Dibuka | 4 16 Disember 1996 8 31 Ogos 2003 | ||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
sunting |
Stesen Titiwangsa ialah stesen pertukaran alihan laju di Kuala Lumpur, Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada sistem alihan laju Laluan Ampang(sebelumnya dikenali sebagai STAR, dan Aliran Ampang dan Sri Petaling) dan KL Monorail kepada satu sama lain. Terletak di Jalan Tun Razak, stesen ini berhampiran Rumah Pangsa Pekeliling, Sungai Gombak, dan stesen bas RapidKL.
Isi kandungan
Pertukaran perkhidmatan[sunting | sunting sumber]
Stesen LRT Titiwangsa[sunting | sunting sumber]
Stesen LRT Titiwangsa ialah stesen alihan laju di Laluan Ampang. Tren dari Laluan Ampang (Sentul Timur–Sri Petaling) dan dari Laluan Ampang (Sentul Timur–Ampang) akan bertemu di Laluan Ampang. Dibuka 1998, stesen ini merupakan sebahagian fasa terakhir rancangan pembinaan sistem aliran LRT. Stesen ini dibina bertujuan untuk menghubungkan kawasan Titiwangsa dengan kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur. Reka bentuknya dibina seperti ciri-ciri biasa stesen yang terletak di sebelah utara aliran di mana kemudahan membeli tiket terletak bawah tingkat atas yang menempatkan platform.
Stesen Monorel Titiwangsa[sunting | sunting sumber]
Stesen Monorel Titiwangsa ialah penambahan kepada stesen LRT yang dihubungkan dengan jambatan. Stesen ini dibina atas Jalan Tun Razak dan berjaya disiapkan pada 2003, sekaligus menjadi stesen terakhir KL Monorail. Reka bentuk stesen ini menyerupai stesen di alihan laju Laluan Ampang. Terdapat 2 stesen monorel yang menyediakan integrasi dengan Laluan Ampang iaitu stesen ini dan stesen monorel Hang Tuah.
Platfom Laluan Ampang di bahagian stesen LRT.
Susun atur stesen[sunting | sunting sumber]
Stesen LRT Titiwangsa adalah bersambung dengan LRT (Laluan Ampang) dan stesen monorel Titiwangsa (MR11) melalui sebuah jejambat. The Titiwangsa KL Monorail station dibina diatas Jalan Tun Razak dan siap pada 2003, berfungsi sebagai stesen untuk KL Monorail di penghujung utara dengan hentian buffer sejurus selepas stesen.
Stesen Monorel Titiwangsa adalah ditambah kemudian di kawasan tersebut bagi menghubungkan RapidKL LRT Laluan Ampang dengan KL Monorail melalui jejambat berhubung.
Integrasi bersepadu tambang dan fizikal telah berjaya dicapai pada 1 Mac 2012 apabila "kawasan berbayar" atau kawasan larangan di kedua-dua stesen LRT dan monorel, yang sebelum ini dikendali oleh dua stesen berasingan dihubungkan. Ini membolehkan penumpang untuk menukar tanpa perlu membeli tiket baru sejak monorel beroprasi pada 2003.
L2 | LRT Laluan Sri Petaling Platform Level | ||
Platform 1 Laluan Sri Petaling menghala SP1 Sentul Timur (→) | |||
Platform 2 Laluan Sri Petaling menghala SP31 Putra Heights Interchange atau AG8 Ampang melalui AG1 SP11 Chan Sow Lin (←) | |||
Platform KL Monorail | |||
Platform 1 KL_Monorail menghala MR1 KL Sentral (←) | |||
Platform 2 KL Monorail menghala MR1 KL Sentral (←) | |||
L1 | Ruang legar stesen LRT | Faregates, Pejabat Tiket, Mesin Tiket Layan Diri, Kawalan Stesen, Eskalator Kawasan Tidak Berbayar ke/dari Paras Jalan | |
Sambungan Kawasan Berbayar | Jejambat Laluan Pejalan Kaki Kawasan Berbayar menghubungkan Ruang Legar KL Monorail dan stesen LRT Laluan Sri Petaling | ||
Ruang legar stesen Monorel | Faregates, Pejabat Tiket, Mesin Tiket Layan Diri, Kawalan Stesen, Eskalator Kawasan Tidak Berbayar ke/dari Paras Jalan | ||
G | Paras jalan | Pertukaran Bas Titiwangsa, Eskalator ke ruang legar Monorel dan stesen LRT |