Pergi ke kandungan

Stesen LRT Kayu Ara

 SA02  Kayu Ara
کايو ارا‎
Rapid KL Logo | Stesen LRT
Pandangan sisi stesen dari kawasan Park N' Ride
LokasiStesen LRT Kayu Ara,
Lorong Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Koordinat3°08′07″U 101°37′01″T / 3.135178°U 101.616893°T / 3.135178; 101.616893
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform1 platform pulau
Trek2
Pengendali kereta apiRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaan350 petak parkir kereta
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SA02 
Sejarah
Dibuka29 Jun 2026; 3 bulan yang lalu (2026-06-29)
Nama lamaDamansara Utama
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Bandar Utama
Terminal
Laluan Shah Alam BU 11
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT Kayu Ara adalah stesen transit aliran ringan (LRT) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.[1]

Stesen ini dinamakan sempena sebuah kampung perumahan yang berdekatan iaitu Kampung Sungai Kayu Ara. Sebelum dikenali sebagai Kayu Ara, stesen ini dikenali sebagai Damansara Utama semasa fasa perancangan awal.

Pengoperasian stesen serta laluan dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2026.[2]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kayu Ara menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam, dan terletak di antara stesen Bandar Utama dan stesen BU 11. Kod stesen bagi stesen LRT Kayu Ara ialah SA02.[1]

Lokasi stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kayu Ara terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[3] dan terletak di tebing Sungai Kayu Ara, anak sungai kepada Sungai Damansara. Stesen ini teletak di dalam kawasan Kampung Sungai Kayu Ara di bahagian barat dan Damansara Utama (Seksyen SS 21) di bahagian timur.[4][5]

Antara mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen ini termasuk:[4][5]

  • Pusat Perniagaan Kayu Ara (Kayu Ara Business Park)
  • Kondominium Puncak Damansara
  • The Starling Mall
  • Champion Badminton Court
  • SMK Damansara Jaya
  • Pangsapuri OCR Boulevard
  • Bangunan 10 Boulevard
  • Rumah Pangsa Kayu Ara
  • Masjid Al-Makmuriah
  • Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Sungai Kayu Ara.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2 Aras
platform
→ Platform 1: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA01  Bandar Utama
Platform pulau, pintu dibuka di sebelah kanan
← Platform 2: 11 Laluan Shah Alam menghala ke  SA26  Johan Setia (BU 11)
L1 Aras legar Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbanekaAkses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirianAkses OKU

Stesen LRT Kayu Ara adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.

Selain itu, terdapat kawasan parkir kereta yang boleh menempatkan 350 kenderaan.[6]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Kayu Ara mempunyai satu pintu masuk/keluar.

Laluan Shah Alam - Kayu Ara
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Kayu Ara Kampung Sungai Kayu Ara

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Hentian bas paling hampir dengan tapak stesen LRT Kayu Ara ialah hentian bas 10 Boulevard, BHP Kayu Ara, dan Petron Kayu Ara di Lebuhraya SPRINT (Damansara Link). Ketiga-tiga hentian bas ini menyediakan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus (dikendalikan oleh Rapid KL) laluan PJ05 iaitu dari Hab Bas Bandar Utama ke Stesen LRT Taman Bahagia. Hentian bas Masjid Kayu Ara juga merupakan hentian bas yang berhampiran dengan tapak stesen ini. Perkhidmatan bas perantara MRT laluan T811 dari Stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropicana berkhidmat di hentian bas Masjid Kayu Ara (kod hentian – PJ780) di Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara.[7]

  1. 1 2 "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang]. MyRapid (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-11. Dicapai pada 2026-07-08.
  2. ↑ Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar (dalam bahasa Inggeris).
  3. ↑ Danny Tan (2020-07-20). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2023-12-28.
  4. 1 2 Google (2023-12-29). "Kayu Ara LRT Station (Peta)" [Stesen LRT Kayu Ara]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 2023-12-29. {{cite web}}: |author= has generic name (bantuan)
  5. 1 2 "Kayu Ara LRT Station" [Stesen LRT Kayu Ara]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-01-04. Dicapai pada 2023-12-29. {{cite web}}: |archive-date= / |archive-url= timestamp mismatch; 2024-01-05 suggested (bantuan)
  6. ↑ Rapid KL (2026-06-19). "Bilangan Park N' Ride". Instagram. Dicapai pada 2026-07-08.
  7. ↑ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-27. Dicapai pada 2022-06-27. {{cite web}}: |archive-date= requires |archive-url= (bantuan)CS1 maint: url-status (link)