Ismail Sabri Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Sri
 Ismail Sabri bin Yaacob
Ismail Sabri Yaacob

Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini
Didahului oleh Dato' Sri Noh bin Omar

Ahli Parlimen
untuk P90 Bera, Pahang
Tempoh berjawat
5 Mei 2013 – kini
Majoriti 2,143 (PRU-13)

Tempat lahir Pahang Temerloh, Pahang
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama Islam


Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob merupakan seorang Menteri Kabinet dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia [1] Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional. Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. Beliau berkahwin dengan Datin Muhaini Zainal Abidin pada 1986. Anak beliau Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 April 2009.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 2004.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ismail Sabri Bin Yaakob bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bera , negeri Pahang. Ismail Sabri Bin Yaakob telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18051. Calon lawan ialah Mazlan Aliman dari PAS mendapat 14,230 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 76% . Undi rosak sebanyak 783.


Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2008 – Kini
Penyandang Kemudian
Menteri Belia dan Sukan Malaysia penyandang

Rujukan[sunting | sunting sumber]