Abdullah Husin
Ustaz Haji Abdullah Hussin | |
---|---|
Pesuruhjaya PAS Johor | |
Memegang jawatan 2019 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Mahfodz Mohamed |
ADUN Puteri Wangsa | |
Dalam jawatan 2013 – 2017 | |
Didahului oleh | Abdul Halim Suleiman (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Mazlan Bujang (PPBM) |
Ketua Dewan Ulamak PAS Johor | |
Dalam jawatan 1997 – 2017 | |
Digantikan oleh | Azlisham Azahar |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Ustaz Abdullah Husin merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor yang bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018[1].
Di peringkat parti, beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor selama 20 tahun dari 1997 hingga 2017. Semasa menjadi wakil rakyat, Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.
Selepas kemelut politik Malaysia yang turut menukarkan pentadbiran kerajaan negeri Johor, Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang[2]. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional negeri Johor[3].
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ The Editor (27 November 2013). "Chinese Press: Objection against call to close shops for Friday prayer". The Edge Markets. Diarkib daripada yang asal pada 13 Januari 2021. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Hishyam Husin (6 September 2020). "Pemimpin masyarakat DUN Pulai Sebatang bertemu". Harakahdaily. Diarkib daripada yang asal pada 20 Disember 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021.
- ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 15 Januari 2021. Dicapai pada 15 Januari 2021.