Stesen LRT Chan Sow Lin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 S08  PH11 Petukaran LRT Chan Sow Lin
Stesen alihan laju Laluan Ampang
Chan Sow Lin station (Star Line) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
Pemandangan luar stesen pertukaran Chan Sow Lin, ke arah barat daya dari Jalan Chan Sow Lin.
Lokasi Jalan Chan Sow Lin, Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°7′40″N 101°42′55″E / 3.12778°N 101.71528°E / 3.12778; 101.71528
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 – ); dikendali oleh RapidKL.
Aliran Laluan Ampang (1996 – )
Platform 2 platform tengah
Trek 3
Pembinaan
Parkir Tiada
Maklumat lain
Kod stesen S08
Sejarah
Dibuka pada 16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen mendahului   Rel RapidKL   Stesen berikut
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
menghala ke Putra Heights

Chan Sow Lin ialah stesen alihan laju searas tanah merupakan pertukaran yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sinilah laluan tunggal Laluan Ampang (dahulunya STAR LRT) dari Sentul Timur bercabang menjadi dua, iaitu satu ke Ampang di arah timur dan satu lagi ke Sri Petaling di arah tenggara.

Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dalam fasa pertama pembukaan sistem STAR, bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang.

Bermula 17 Julai 2016, perkhidmatan tren dari Ampang tidak akan melalui di antara Sentul Timur (S18) dan Pudu (S09), menyebabkan stesen Chan Sow Lin menjadi terminal bagi perkhidmatan ini. Maka, penumpang dari stesen Ampang hendak ke Putra Heights atau Sentul Timur perlu menukar tren di stesen ini.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen pertukaran Chan Sow Lin terletak di hujung selatan bandar Pudu. Stesen ini bertujuan mengambil penumpang di hujung selatan Pudu, hujung barat Taman Maluri dan hujung barat laut Taman Miharja. Taman Malur dan Taman Miharja sudah ada stesen yang sama namanya, iatu stesen Miharja dan stesen Maluri di arah timur. Pertukaran ini pula memetik namanya dari Jalan Chan Sow Lin yang melalui pintu masuk utama stesen.

Stesen ini menggunakan laluan lama yang pernah digunakan oleh Federated Malay States Railway dan Malayan Railway (KTM) antara Kuala Lumpur, Ampang dan Salak Selatan. Oleh itu, stesen ini terletak berhampiran dengan beberapa bekas penempatan agensi kerajaan (cawangan Kerja Raya dan Kerja Kejuruteraan) yang pernah bersambung dengan laluan KTM, sehinggalah ditutup pada 1990-an untuk diberi laluan kepada STAR.

Reka bina[sunting | sunting sumber]

Reka bina stesen pertukaran ini sama dengan kebanyakan stesen lain sepanjang Aliran Ampang, iaitu adanya bumbung bertingkat-tingkat yang disokong oleh jeda-jeda berkekisi, serta tembok dan tiang berlepa putih. Platform dan landasannya searas dengan tanah, sementara kawasan kaunter tiket tunggalnya terletak searas di atas platform dengan jejantas yang menyeberangi landasan.

Platform[sunting | sunting sumber]

Pemandangan aras platform pertukaran Chan Sow Lin, menampakkan penggunaan satu platform tengah (kiri) dan terabainya yang satu lagi (kanan).

Reka bina dan kegunaan platform di stesen Chan Sow Lin agak berlainan kerana wujudnya dua platform tengah iaitu Platform 1 dan 2 berselang tiga landasan. Setiap platform ini dibahagi kepada bahagian a dan b, maka dibaca 1a, 1b, 2a dan 2b. Bahagian b berkongsi landasan tengah, sementara bahagian a menghubungi landasan luaran masing-masing. Platform 2a dilalui tren ke Putra Heights (PH37) manakala platform 1a dilalui tren ke Sentul Timur (S18). Platform b pula dilalui tren ke Ampang (S01) dan menjadi terminal bagi tren menuju ke Ampang.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Pertukaran Chan Sow Lin dikhususkan untuk kegunaan penumpang dari stesen yang hanya dihubungkan dengan laluan ke Ampang untuk bertukar tren ke stesen yang hanya dihubungkan dengan laluan ke Sri Petaling, atau sebaliknya. Pertukaran sedemikian berupa: turun dari tren di platform, menunggu, dan menaiki sebuah tren lain yang tiba di platform sama.

Diingatkan bahawa pertukaran antara tren ke Ampang dan tren ke Sri Petaling juga boleh dilakukan di semua stesen lain antara laluan tunggal Sentul Timur dan Chan Sow Lin kerana bahagian aliran ini digunakan oleh kedua-dua tren ke Ampang dan ke Sri Petaling. Namun begitu, memandangkan stesen pertukaran Chan Sow Lin adalah satu-satunya stesen dalam laluan tunggal tersebut yang berplatform tengah dan dikongsi oleh kedua-dua tren ke Ampang dan ke Sri Petaling, maka stesen ini dapat melicinkan pertukaran antara kedua-dua cabang aliran.

Hubungan dengan Bas RapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Chan Sow Lin boleh dicapai melalui bas RapidKL yang berikut:-

|}