Stesen LRT Sri Petaling
Lokasi | Stesen Sri Petaling, Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°3′41″N 101°41′13″E / 3.06139°N 101.68694°EKoordinat: 3°3′41″N 101°41′13″E / 3.06139°N 101.68694°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid KL: T563, T583 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah Permukaan | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Disediakan oleh MSN | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SP18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 11 Julai 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Sri Petaling ialah stesen LRT yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Ketika stesen ini dibuka, stesen ini dinamakan Stesen LRT Komanwel sempena acara Sukan Komanwel 1998. Sebelum projek Sambungan Jajaran LRT siap pada tahun 2015, stesen ini merupakan terminal selatan bagi Laluan Sri Petaling. Sri Petaling juga merupakan nama bagi laluan LRT ini. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kuyoh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa persimpangan lebuh raya berhampiran stesen ini iaitu Persimpangan Awan Kecil Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Persimpangan Bukit Jalil Lebuhraya MEX. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kompleks kondominium Vista Komanwel, kondominium Covillea Bukit Jalil, Universiti Perubatan Antarabangsa dan kawasan perumahan Sri Petaling.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]G | Bagunan stesen | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
LG Platform | ||
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
SP Arah Selatan | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Awan Besar) | |
SP Arah Utara | ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bukit Jalil) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri |
Stesen ini adalah stesen bawah permukaan dimana aras legar terletak di atas aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019.