Stesen MRT Bukit Bintang
KG18A Pavilion Kuala Lumpur–Bukit Bintang بوکيت بينتڠ | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Lokasi | Stesen MRT Bukit Bintang, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°8′47.41″U 101°42′39.41″T / 3.1465028°U 101.7109472°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
| Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | KG18A | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen MRT Bukit Bintang, atau Stesen MRT Pavilion Kuala Lumpur–Bukit Bintang atau lebih mudah sebagai Stesen MRT Pavilion–Bukit Bintang di bawah program hak penamaan stesen,[1] adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Kajang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di Bukit Bintang, sebuah kawasan beli-belah dan hiburan tumpuan di pusat bandar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mengikut rancangan asal, terdapat satu lagi stesen yang akan dikhidmat di kawasan Bukit Bintang iaitu Bukit Bintang East (KG19) yang terletak lebih jauh ke arah timur dengan stesen ini asalnya adalah Bukit Bintang West (KG18) yang lebih ke barat.[perlu rujukan]
Namun rancangan tersebut tidak diteruskan dan kedua-dua stesen telah digabungkan lalu lokasinya disentralkan lebih berhampiran dengan Stesen Monorel Bukit Bintang lalu dinamakan semula sebagai Bukit Bintang Sentral semasa fasa pembinaan.[2]
Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[3]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Bukit Bintang menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Kajang dan terletak antara stesen Merdeka dan stesen Tun Razak Exchange serta mempunyai kod stesen iaitu KG18A.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Bukit Bintang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di bawah tanah Jalan Bukit Bintang yang juga berhampiran dengan persimpangan jalan tersebut dengan Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Disebabkan stesen ini terletak di Segi Tiga Emas Bukit Bintang, terdapat banyak pusat membeli-belah di sekitar stesen.
Antara mercu tanda yang terdapat berhampiran stesen ini termasuk:
- Pusat-pusat membeli-belah;
- Plaza Sungei Wang
- Lot 10
- Plaza Low Yat
- Fahrenheit88
- Pavillion Kuala Lumpur (pemilik hak nama stesen)
- Hotel-hotel mewah;
- JW Marriot Kuala Lumpur
- Hotel Capitol Kuala Lumpur
- Hotel Royal Kuala Lumpur
- Hotel ParkRoyal Kuala Lumpur
- Hotel Meliá Kuala Lumpur
- Hotel The Federal Kuala Lumpur
- Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur
- Pasar malam Jalan Alor
Stesen berdekatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Bukit Bintang terletak kira-kira 100 meter (0.062 bt) ke 8 Stesen Monorel Bukit Bintang yang dikhidmat oleh Laluan Monorel KL. Kedua-dua stesen ini dilabelkan sebagai stesen sambungan di peta transit rasmi.
Kini, kedua-dua stesen MRT dan Monorel tidak disepadukan dan perlu dibezakan. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar telah dicadangkan tetapi tidak dibina buat masa kini.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
| B1 | Aras legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, dan kaunter perkhidmatan pelanggan |
| B2 | Aras Platform 1 |
→ Platform 1: 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Tun Razak Exchange) |
| Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kanan | ||
| B3 | Aras Platform 2 |
← Platform 2: 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 PY01 Kwasa Damansara (Merdeka) |
| Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri |
Stesen MRT Bukit Bintang adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar, dan dua aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi (satu setiap aras platform) di bawah ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Reka bentuk dalaman
[sunting | sunting sumber]Sama dengan stesen-stesen MRT Laluan Kajang bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Stesen MRT Bukit Bintang telah diberi tema "Dinamik" dimana sebuah dinding setinggi empat tingkat di stesen ini dihiasi dengan geometri trapeziod dinamik dengan tona warna merah berbeza.[5]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Bukit Bintang mempunyai enam pintu masuk dan keluar stesen. Namun, hanya lima pintu sahaja dibina dan dibuka dengan satu daripadanya (Pintu B) untuk pembinaan masa hadapan, khususnya sambungan berbayar terus dengan stesen monorel yang dirancang.
| Laluan Kajang - Bukit Bintang | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Changkat Bukit Bintang | Jalan Alor | |
| B | Laluan penghubung MRT-Monorel |
Monorel Bukit Bintang | N/a |
| C | Jalan Bukit Bintang (barat) |
Plaza Bukit Bintang (ditutup), Plaza Low Yat, Yayasan Selangor |
|
| D | Jalan Bukit Bintang (tenggara) |
Lot 10, Fahrenheit 88, The Starhill, Pavilion Kuala Lumpur |
|
| E | Jalan Bukit Bintang (timur laut) |
Hotel Wolo Bukit Bintang | |
| F | Jalan Sultan Ismail (utara) |
McDonald's, Jalan Berangan |
|
| Kunci | Akan datang | ||
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan 400, 420 dan 421 berkhidmat di utara stesen ini di Jalan Sultan Ismail. Bas GOKL laluan Hijau, Ungu dan Biru juga berkhidmat di hentian bas yang sama dimana hentian tersebut adalah hentian utama bagi rangkaian bas ini.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ M. Hafidz Mahpar (2017-07-11). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-20. Dicapai pada 2019-05-20.
- ↑ Meng Yew Choong (2014-11-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 2019-05-28.
- ↑ Fuad, Faris (2016-12-15). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-22. Dicapai pada 2018-11-22.
- ↑ "Stesen : Pavillion Bukit Bintang". MRT Corp. Dicapai pada 2026-09-25.
- ↑ Meng Yew Choong (2019-05-24). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
