Stesen MRT Pusat Bandar Damansara
KG13 Pavillion Damansara Heights–Pusat Bandar Damansara ڤوست باندر دامنسارا | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan stesen dari landasan trek pada tahun 2017 | |||||||||||||||
| Lokasi | Stesen MRT Pusat Bandar Damansara, Lebuhraya Sprint (Damansara Link), 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 3°8′36.28″U 101°39′44.07″T / 3.1434111°U 101.6622417°T | ||||||||||||||
| Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||
| Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||
| Sambungan | |||||||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Ada, 500 petak kereta dan 166 petak motorsikal | ||||||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||||||
| Kod stesen | KG13 | ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 2016 | ||||||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
Stesen MRT Pusat Bandar Damansara, atau Stesen MRT Pavillion Damansara Heights–Pusat Bandar Damansara di bawah program hak penamaan stesen,[1] adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Kajang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di tengah-tengah bandar Damansara, dan dibuka di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini pada 16 Disember 2016.[2]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Pusat Bandar Damansara menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Kajang, dan terletak di antara stesen Phileo Damansara (stesen Bukit Kiara Selatan apabila stesen itu dibina dan beroperasi kelak) dan stesen Semantan, serta mempunyai kod stesen iaitu KG13 (terdahulunya SBK13).
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Pusat Bandar Damansara terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di atas
Lebuhraya Sprint (Damansara Link) di pusat bandar Damansara, Kuala Lumpur; dan juga berhampiran dengan persimpangan Jalan Maarof.
Terdapat banyak pangsapuri mewah di sekitar stesen ini seperti:
- Kondominium Bangsar Puteri
- Kondominium Sri Penaga
- Serai Bukit Bandaraya
- Damaisari dan Twins @ Damansara Heights
Antara mercu tanda berdekatan stesen ini termasuk:
- Pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights
- Damansara City Mall
- Menara Bangsar
- Menara Millenium
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 2: 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 PY01 Kwasa Damansara (Phileo Damansara) | ||
| ← Platform 1: 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Semantan) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, kedai serbaguna, dan sambungan pejalan kaki ke Pavilion Damansara Heights |
| G | Aras tanah |
Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen MRT Pusat Bandar Damansara adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]
Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka untuk tujuan pandu dan rantau (Park N' Ride) yang boleh menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal yang dikendalikan oleh Times24 Malaysia Sdn. Bhd.[4]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Pusat Bandar Damansara mempunyai dua pintu masuk dan keluar. Pintu A terletak di Jalan Maarof di sebelah timur stesen, manakala Pintu B terletak di Jalan Johar di sebelah barat stesen. Terdapat juga sebuah sambungan pejalan kaki terus ke pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights berhampiran dengan Pintu B pada aras legar.
| Laluan Kajang - Pusat Bandar Damansara | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Jalan Maarof | Hentian teksi, bas, dan kenderaan persendirian, Help Residence, Menara Bangsar, Bangsar Shopping Centre |
|
| B | Jalan Johar Lebuhraya Sprint (utara) |
Pavilion Damansara Heights (Aras tanah), Damansara City Mall, Twins@Damansara Heights, Wisma Lensa, Jalan Kasah, Jalan Damanlela |
|
| Laluan penghubung MRT–Pavillion Damansara Heights |
Pavilion Damansara Heights (Aras 2) | ||
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]- Pemandangan sisi luaran bangunan beserta papan tanda nama stesen dari pintu masuk pejalan kaki Pavilion Damansara Heights, 2017
- Pemandangan sisi luaran bangunan stesen dengan Lebuhraya Sprint di bawahnya
- Pemandangan penuh stesen beserta hentian bas, 2017
- Pemandangan ruang legar stesen
- Pemandangan aras platform stesen
- Pemandangan sebuah tren di landasan trek platform stesen
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ M. Hafidz Mahpar (2017-07-11). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-20. Dicapai pada 2019-05-20.
- ↑ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (2016-12-15). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2018-11-15.
- ↑ "Stesen: Pusat Bandar Damansara". MRT Corp. Dicapai pada 2026-08-11.
- ↑ "TEMPAT LETAK KENDERAAN - Pusat Bandar Damansara". MRT Corp. Dicapai pada 2026-10-19.
