Stesen Maluri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen LRT Maluri)
Lompat ke: pandu arah, cari
 AG13  SBK22 
Stesen LRT Maluri
Stesen MRT AEON-Maluri
Stesen LRT dan MRT
SBK Line Maluri Station Entrance D 2.jpg
Pintu masuk stesen MRT Maluri.
Lokasi Jalan Cheras, Taman Miharja, Kuala Lumpur, Malaysia.
Malaysia
Koordinat 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611Koordinat: 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611
Dimiliki oleh Prasarana Malaysia
Aliran/laluan  3  LRT Laluan Ampang
 9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang
Platform 2 platform sisi (LRT Laluan Ampang)
1 platform tengah (Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang)
Landasan 2 (Bertingkat)
2 (Bawah tanah)
Sambungan Stesen bersepadu antara  AG3  dan  SBK22 .
Pembinaan
Jenis struktur  AG3  Bertingkat
 SBK22  Bawah tanah
K. letak kenderaan Berbayar
Lain
Kod stesen  AG13   SBK22 
Sejarah
Dibuka  3  16 Disember 1996
 9  17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Stesen sebelumnya   40px   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Sungai Buloh-Kajang Line
Phase 2
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Maluri merupakan stesen bersepadu untuk perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT)[1] yang terletak berdekatan kawasan perumahan Taman Maluri di timur Kuala Lumpur. Letaknya di sepanjang Jalan Cheras menghadap gedung beli-belah AEON Taman Maluri. Di sebelahnya adalah Sungai Kerayong.

Ia terdiri daripada stesen LRT bertingkat untuk Laluan Ampang yang dibuka pada 1996, dan stesen MRT bawah tanah untuk Laluan Sungai-Buloh-Kajang yang dibuka pada 17 Julai 2017. Kedua-dua stesen dihubungkan melalui jalan hubung pejalan kaki bertingkat antara dua kawasan berbayar.

Di bawah hak penamaan stesen yang diberikan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), stesen MRT-nya dipanggil Stesen MRT Aeon-Maluri.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan luar stesen Maluri.
Hab bas Maluri.

Stesen LRT[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Maluri terletak berhampiran Jalan Cheras, Sungai Kerayong dan Taman Miharja. Stesen ini dimaksudkan untuk pengguna dari Taman Maluri yang terletak di timur laut, dan juga kawasan perumahan lain di sekeliling, termasuk Taman Pertama dan Taman Kobena di tenggara dan sebahagian Taman Miharja di barat. Taman Miharja juga menikmati kemudahan stesen LRT sendiri yang terletak di barat daya.

Stesen MRT[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Maluri adalah salah satu daripada tujuh buah stesen bawah tanah dalam Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Stesen bawah tanahnya dibina betul-betul di bawah Jalan Cheras. Ada dua tingkat bawah tanah, iaitu satu tingkat konkos dengan pintu tambang, khidmat pelanggan, bilik air dan bilik permesinan, dan satu tingkat platform di bawah sekali dengan susunan platform tengah.

Tema reka bentuknya ialah "Generasi Baru" dengan panel berwarna-warni pada dinding luar dan dalam stesen.[3][4]

Stesen MRT Maluri adalah stesen bawah tanah terakhir sekali (ke arah Kajang).

Tatasusunan stesen[sunting | sunting sumber]

L2 Tingkat platform LRT Platform sisi, pintu buka di sebelah kiri
Platform 1 LRT Laluan Ampang menghala  AG11  SP11  Sentul Timur (→)
Platform 2 LRT Laluan Ampang menghala  AG8  Ampang (←)
Platform sisi, pintu buka di sebelah kiri
L1 Concourse LRT/ Pintu Masuk C MRT / Jejantas Mesin tiket, pintu tambang, kawalan stesen, tangga, eskalator, lif keluar masuk platform, pintu masuk jejantas mudah
G Tingkat Jalan Jalan Cheras, Hab Bas Maluri, Laluan, Barisan Teksi, Lintasan Pejalan Kaki, kedai 7-Eleven, kios Ramly Burger, kedai pakaian dsb, Pintu A ke AEON Mall, Pintu B dan jejantas ke Sunway Velocity Mall, Pintu D ke Hab Bas Maluri dan Park and Ride
B2 Concourse MRT Kawalan stesen, pintu tambang, mesin tiket
B3 Tingkat Platform MRT Platform 1 Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala  SBK35  Kajang (→)
Platform tengah, pintu buka di sebelah kanan
Platform 2 Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala  SBK1  Sungai Buloh (←)

Hentian bas RapidKL[sunting | sunting sumber]

Sebuah hab bandar utama bas RapidKL didirikan menghadap stesen LRT Maluri di Jalan Cheras.


Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen Maluri Stesen berikutnya
Miharja   Aliran Ampang (Sentul Timur-Ampang)   Pandan Jaya


  1. ^ "SBK Line Full Opening Boosts Coverage of Kuala Lumpur's Urban Rail Network" (PDF). Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd. Dicapai 13 August 2017. 
  2. ^ "Four Stations to Kick Off MRT Corp's Station Naming Rights Programme" (PDF). Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd. Dicapai 4 September 2017. 
  3. ^ "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). Thestar.com.my. 2017-07-09. Dicapai 2017-09-04. 
  4. ^ "MRT stations designed to tell the story of M'sia" (dalam bahasa Inggeris). Thestar.com.my. 2017-08-03. Dicapai 2017-09-04.