Stesen Sungai Buloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen Komuter Sungai Buloh)
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai stesen keretapi. Untuk mukim, sila lihat Sungai Buloh.
Sungai Buloh Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter Rapid KL
SungaiBulohStationSignboard.jpg
Papan tanda stesen di pintu B.
Nama lainسوڠاي بولوه (Jawi)
双溪毛糯 (Cina)
சுங்கை பூலோ (Tamil)
LokasiStesen Sungai Buloh, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1]
Koordinat3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°E / 3.20611; 101.58028Koordinat: 3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°E / 3.20611; 101.58028
Dimiliki olehPrasarana Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu
Aliran/laluan 2  Laluan Pelabuhan Klang
 9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang
 12  Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya
(Dalam pembinaan, dibuka Julai 2022)[2]
 ETS  Laluan ETS
Platform3: 2 platform sisi dan 1 platform tengah
Landasan6
SambunganBus transport Rapid Bus: T100, T101, T102, T103, T105
Bus transport Selangor Omnibus: 100, 101, 107, KS02
Pembinaan
Jenis struktur 2   ETS  Atas Tanah
 9  Bertingkat
K. letak kenderaanAda dan berbayar. 1236 tempat letak kereta, 258 tempat letak motosikal[4]
Kemudahan basikalAda. 30 tempat letak basikal[3]
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK01 
Sejarah
DibukaKeretapi Tanah Melayu 1892[5]
 SBK01  16 December 2016[6]
Akan dibuka 12  2022[2]
Dibina semula KA08  16 December 2016
Dielektrikkan KA08  1995[7]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang
ETS Logo.jpg ETS
menghala ke Padang Besar
ETS Transit
menghala ke Gemas
Rapid KL
Stesen terakhirLaluan SBK
tamat pada tahun 2022
menghala ke Kajang
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SSP
bermula pada tahun 2022
menghala ke Putrajaya
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Keretapi Sungai Buloh adalah stesen keretapi yang terletak di Sungai Buloh, barat laut Kuala Lumpur.

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM ETS, dan satu lagi untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK). Walau bagaimanapun, pertukaran antara KTM dan MRT tidak bersepadu kerana kedua-dua perkhidmatan menggunakan sistem tiket yang berlainan. Stesen bersepadu dibuka pada 16 Disember 2016 seiring dengan pembukaan fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Stesen ini kini merupakan termius utara Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Apabila Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) memulakan operasi, dijangka pada tahun 2022, stesen ini akan menjadi sebahagian daripada laluan SSP dan tidak lagi menjadi stesen laluan SBK kerana kedua-dua laluan akan berakhir di stesen MRT Kwasa Damansara.


Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Sungai Buloh adalah stesen tiga tingkat yang terletak di utara Jalan Kuala Selangor berdekatan persimpangan dengan Jalan Sungai Buloh, dan juga Jalan Hospital. Stesen ini terletak di lokasi yang sama dengan bekas stesen keretapi KTM Sungai Buloh, di mana sebahagian daripada struktur masih digunakan dan diintegrasikan dengan stesen baharu.

Stesen bersepadu telah dibina sebagai sebahagian daripada Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan dibuka bersama dengan pembukaan Fasa Satu laluan SBK pada 16 Disember 2016.

Susunan stesen[sunting | sunting sumber]

L3
Platform
SBK Arah Utara  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Kampung Selamat)
L2 Aras Legar MRT Handicapped/disabled access
L1 Aras Legar Umum Pertukaran Tidak Bersepadu, Khidmat Pelanggan, Mesin Tiket and Kedai Serbaguna Handicapped/disabled access
G
Platform
Aras Jalan Raya Pintu Masuk/Keluar, Tempat Letak Kenderaan, Hentian Bas, Teksi dan Kenderaan Persendirian Handicapped/disabled access
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KTM
Arah Selatan
 2  Laluan Pelabuhan Klang menghala ke  KD19  Pel. Klang (Kepong Sentral)
 ETS  Laluan ETS menghala ke Gemas ( Kuala Lumpur)
Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM
Arah Utara
 2  Laluan Pelabuhan Klang menghala ke  KA15  Tanjung Malim (Kuang)
 ETS  Laluan ETS menghala ke Padang Besar (Rawang)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access

Stesen ini mempunyai ruang legar umum yang dikongsi bersama oleh MRT dan KTM. Mesin penjual tiket dan pejabat tiket untuk kedua-dua perkhidmatan, serta dua kedai runcit terletak di ruang ini. Ruang legar ini dibina di atas empat landasan KTM.

Dari ruang umum ini, tangga, eskalator dan lif turun dari kawasan berbayar KTM ke dua platform sisi yang merupakan platform sedia ada stesen KTM. Bagi MRT, tangga, eskalator dan lif membawa penumpang naik ke aras legar MRT dan sekali lagi ke aras platform MRT Sungai Buloh-Kajang.

Kawasan yang dibayar untuk kedua-dua perkhidmatan bagaimanapun tidak dihubungkan. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan.

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T100, T101, T102, T103 dan T105 bermula dan berkhidmat di Pintu A stesen ini. Bas utama Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107 dan KS02 berkhidmat di Pintu B stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sungai Buloh-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada asal pada 15 Nov 2018. Dicapai 15 Nov 2018. 
  2. ^ a b "Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib". Astro Awani. 3 Ogo 2017. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 6 Nov 2018. 
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 6 Nov 2018. 
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 6 Nov 2018. 
  5. ^ "FMSR Railway History 1860-1900". History Malaya Railway (dalam bahasa Inggeris). 5 Apr 2010. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 6 Nov 2018. 
  6. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada asal pada 22 Jul 2017. Dicapai 6 Nov 2018. 
  7. ^ Meng, Yew Choong (3 Sep 2017). "Rail business on track". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 6 Nov 2018. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]