Stesen Sungai Buloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen keretapi Sungai Buloh)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
 KA08 
Sungai Buloh Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter Rapid KL
سوڠاي بولوه
Sungai Buloh MRT Station (PY04) Exterior (220724) 1.jpg
Permandangan stesen dari jejantas Pintu B di bawah Jalan Kuala Selangor.
LokasiStesen Sungai Buloh, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1]
Koordinat3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°E / 3.20611; 101.58028Koordinat: 3°12′22″N 101°34′49″E / 3.20611°N 101.58028°E / 3.20611; 101.58028
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
MRT Corp
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang

9 Laluan Kajang (Ditutup Julai 2021)
12 Laluan Putrajaya (Dibuka Julai 2021)

 ETS  Laluan ETS
Platform3: 2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek6
Pengendali kereta api9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
2  ETS  Keretapi Tanah Melayu
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T100, T101, T102, T105
Pengangkutan bas Selangor Omnibus: 100, 101, 107, KS02
Pembinaan
Jenis struktur2  ETS  Atas tanah
9 Bertingkat
Templat letak kenderaan1,236 petak parkir kereta dan 258 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK01 
Tarikh penting
Nov 1892Stesen KTM dibuka.
Ogo 1995Stesen KTM dielektrikkan. 1 dibuka.
Dis 2015Rombakan laluan. 1 ditutup, 2 dibuka.
Dis 20169 dibuka dan stesen dibina semula.
Jul 2021Rombakan laluan. 9 ditutup, 12 dibuka.
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Platinum
menghala ke KL Sentral
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Platinum
menghala ke KL Sentral
menghala ke Padang Besar
ETS Gold
menghala ke Gemas
menghala ke Butterworth
ETS Gold
menghala ke Gemas
menghala ke Ipoh
ETS Gold
menghala ke KL Sentral
menghala ke Ipoh
ETS Silver
menghala ke KL Sentral
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
  Perkhidmatan masa dahulu  
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhirLaluan Kajang
menghala ke Kajang
KTM Komuter
menghala ke Rawang
Laluan Seremban
(1995-2015)
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Seremban
Lokasi

Stesen keretapi Sungai Buloh adalah stesen keretapi yang terletak di Sungai Buloh, barat laut Kuala Lumpur.

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK). Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Stesen bersepadu dibuka pada 16 Disember 2016 seiring dengan pembukaan fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Stesen ini kini merupakan termius utara Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Apabila Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) memulakan operasi, dijangka pada tahun 2021, stesen ini akan menjadi sebahagian daripada laluan SSP dan tidak lagi menjadi stesen laluan SBK kerana kedua-dua laluan akan berakhir di stesen MRT Kwasa Damansara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Sungai Buloh dibuka pada 7 November 1892 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Persimpangan Batu dan Rawang dibuka.[2]

Stesen keretapi lama sedang dirobohkan.

Stesen ini menjalani pengubahsuaian dibawah Projek Landasan Elektrik Berkembar Lembah Klang yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula 14 Ogos 1995.[3] Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2012 sejajar dengan perasmian ETS Transit (kini ETS Silver).[perlu rujukan] Stesen ini pada asalnya terletak dibawah Laluan Rawang-Seremban sehingga tahun 2016 apabila rombakan perkhidmatan KTM Komuter menukar perkhidmatan di stesen ini ke Laluan Pelabuhan Klang dengan kereta api berkhidmat diantara Tanjung Malim dan Pel. Klang.[4]

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) pula mula berkhidmat di stesen ini pada 16 Disember 2016 seiring dengan perasmian fasa pertama laluan ini.[5] Sebuah stesen baharu dibina di atas stesen KTM sedia ada bagi menghubungkan platform MRT aras tinggi dan platform KTM atas tanah. MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan menggantikan perkhidmatan MRT Laluan SBK apabila fasa pertama laluan SSP dirasmikan pada Julai 2021.[6]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jkr-ft54.png Jalan Kuala Selangor berhampiran persimpangan Jkr-ft54.png Jalan Kuala Selangor — Jkr-ft15.png Jalan Sungai Buloh di Sungai Buloh, Selangor. Persimpangan Sungai Buloh E1 Lebuhraya Utara-Selatan terletak kira-kira 400m tenggara stesen. Juga terletak berhampiran stesen adalah Kem TDM Sungai Buloh, sekolah swasta ELC International, Masjid Jamek Sungai Buloh, SJK (T) Saraswathy, Sierramas West Clubhouse dan taman perumahan Sierramas West.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L3
Platform MRT
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Kampung Selamat)
L2 Aras legar MRT Sambungan Aras Platform MRT dengan Aras Legar Umum Akses OKU
L1 Aras legar umum Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM Arah Selatan 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Kepong Sentral)

 ETS  ETS Gold menghala ke Gemas atau KL Sentral (Kuala Lumpur)
 ETS  ETS Silver menghala ke KL Sentral (Kepong Sentral)

Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM Arah Utara 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Kuang)

 ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar (Rawang atau Tanjung Malim)
 ETS  ETS Silver menghala ke Ipoh (Rawang)

Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan empat tingkat: aras platform MRT, aras legar MRT, aras legar umum, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan dua platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,236 petak parkir kereta dan 258 petak parkir motosikal.[8]

Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T100, T101, T102, dan T105 bermula dan berkhidmat di Pintu A stesen ini. Bas utama Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107 dan KS02 berkhidmat di Pintu B stesen ini.

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Peta stesen dengan lokasi sekitar dengan skala 100 meter.

Secara keseluruhannya, Stesen Sungai Buloh mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A merupakan pintu utama stesen yang terletak di Jalan Stesen of Jalan Kusta, di utara stesen. Pintu B pula terletak di selatan stesen, menghala ke Jalan Kuala Selangor (Jalan Persekutuan 54), menghubungkan antara dua hala jalan tersebut. Pintu A mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya manakala Pintu B hanya disediakan tangga sahaja. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik Rapid KL laluan T100, T101, T102, dan T105 beroperasi sepenuhnya di Pintu A sahaja. Manakala bas Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107, dan KS02 berkhidmat di pintu B sahaja.[9][10]

Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Utara stesen Jalan Stesen Akses OKU
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh, Kampung Masjid, SJK (T) Saraswathy, MSPR Sungai Buloh
Sungai Buloh MRT Station (PY04) Entrance A (220724) 4.jpg
B Selatan stesen Jalan Kuala Selangor
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi dan e-panggilan, Kem Sungai Buloh, Kampung Selamat.
Sungai Buloh MRT Station (PY04) Entrance B (220724) 1.jpg

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sungai Buloh-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Nov 2018. Dicapai pada 15 Nov 2018.
  2. ^ Mohamed 1985, m/s. 55.
  3. ^ Meng, Yew Choong (3 Sep 2017). "Rail business on track". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  4. ^ "Komuter service to be rerouted during 6-month trial" (dalam bahasa Inggeris). 8 Dis 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  5. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  6. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  7. ^ "Sungai Buloh — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-15. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  8. ^ "Park N' Ride — MSPR Sungai Buloh". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  9. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  10. ^ "Sungai Buloh MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-28. Dicapai pada 2018-10-17.

Bibilografi[sunting | sunting sumber]

  • Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]