Kongres India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kongres India Se-Malaysia)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kongres India Se-Malaysia
Malaysian Indian Congress
மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்
MIC
Ketua Datuk Palanivel Govindasamy
Diasaskan Ogos 1946
Ibu pejabat Tingkat 6, Menara Manickavasagam
No.1, Jalan Rahmat
Jalan Tun Ismail
50350 Kuala Lumpur
Ideologi Nasionalisme, Centrisme, Konservatisme
Penggabungan nasional Barisan Nasional
Tapak web
http://www.mic.org.my

Kongres India Se-Malaysia (singkatan: MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) merupakan sebuah parti politik di Malaysia dan satu daripada anggota pengasas, parti gabungan, Barisan Nasional, sebelumnya dikenali sebagai Parti Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Presiden MIC[sunting | sunting sumber]

Bendera rasmi MIC.

}

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Nama Tempoh perkhidmatan
Mr. John A. Thivy 1946 - 1947
Mr. Budh Singh 1947 - 1950
Mr. K. Ramanathan Chettiar 1950 - 1951
Mr. K. L. Devaser 1951 - 1955
Tun V. T. Sambanthan 1955 - 1973
Tan Sri Dato V. Manikavasagam 1973 - 1979
Dato Seri S. Samy Vellu A/L Sangilimuthu (12 October 1979 – 6 December 2010)
Datuk Palanivel Govindasamy (6 December 2010 – 25 June 2015)
Datuk seri Subramaniam Sathasivam 25 June 2015 - kini
Senarai parti politik Malaysia Malaysia
Barisan Nasional (BN) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Kongres India Malaysia (MIC) - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Parti Progresif Penduduk (PPP) - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - Parti Rakyat Sarawak (PRS) - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) - Parti Bersatu Sabah (PBS) - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Parti Liberal Demokratik (LDP)
Pakatan Harapan (PH) Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Parti Tindakan Demokratik (DAP) - Parti Amanah Negara (AMANAH)
Blok Ketiga Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
Bebas Parti Sosialis Malaysia (PSM) - Parti Rakyat Malaysia (PRM) - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) - Kongres Ceylonese Malaysia (MCC) - Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) - Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF) - Parti Punjabi Malaysia (PPM) - Kongres Penyatuan Masyarakat (CCC) Parti Cinta Malaysia (PCM) - Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) - Parti Maju Sabah (SAPP) - Parti Reformasi Negeri (STAR) - Parti Pekerja Sarawak (SWP) - Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) - Parti Hak Asasi Manusia (HRP) - Barisan Rakyat Sabah (SPF) - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) - Parti Rakyat Bersatu (UPP) - Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) - - Parti Cinta Sabah (PCS) - Parti Alternatif Rakyat (PAP)
Dibubarkan Parti Komunis Malaya (PKM) - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) - Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) - Parti Buruh Malaya (MLP) - Parti Melayu Semangat 46 (S46) - Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) - Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) - Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) - Parti Demokratik Malaysia (MDP) - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) - Parti Pekerja Malaysia (PPM)