Sate celup
Sate celup atau satay celup (sate stimbot) adalah hidangan di mana pelbagai jenis makanan laut mentah dan separuh masak, daging (termasuk daging mentah) dan sayur-sayuran yang dicucuk pada lidi dicelur dalam periuk didih yang berisi kuah sate.
Satay celup sangat popular di Melaka (bandar bersejarah di Malaysia). Ramai pelancong dan penduduk tempatan menganggap sate celup sebagai kegemaran mereka kerana terdapat lebih daripada 80 jenis makanan laut dan sayuran untuk dipilih dan sosnya yang pekat dan beraroma. Selain itu, makanan selalu disimpan segar di dalam peti sejuk besar atau di rak-rak penyimpanan sejuk di medan selera. Di Singapura, hidangan itu disediakan dengan menyediakan seperiuk besar kuah sate dan merebus sate cucuk didalamnya.
Sate celup dijual pada harga yang bermula serendah 80 sen di Melaka di mana makanan lazat mudah diperolehi dengan harga murah. Minuman barli sering mengiringi hidangan kerana rasa panas dan pedasnya, air kelapa atau teh herba Cina pula menjadi kombinasi yang baik.
Sate celup dijual dalam mod layan diri, dan sebaik sahaja pelanggan duduk, makanan boleh diambil dengan cepat menggunakan dulang yang disediakan.
Bagi orang yang tidak dapat menahan rasa pedas, seseorang boleh meminta air kosong supaya boleh mengurangkan pedas.