Putu buluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuih putu)
  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Putu buluh yang banyak dijual di pasar malam.

Putu buluh atau putu bambu (bahasa Indonesia: kue putu; bahasa Tagalog: putong bumbong) merupakan sejenis makanan yang banyak dijual di pasar malam yang boleh dijumpai di Indonesia dan Filipina. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan kerana semasa ia dikukus, ia diletak di dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh sebelum dikukus di atas kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).

Selain daripada putu buluh, terdapat juga putu piring.