Ayam masak merah
![]() Spaghetti dengan ayam masak merah. | |
Jenis sajian | hidangan utama |
---|---|
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan | Malaysia |
Dicipta oleh | Johor |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Ayam (potong dan goreng), cili, bawang putih, halia, bawang, puri tomato[1] |
![]() ![]() |
Ayam masak merah adalah hidangan tradisional Malaysia.[2][3]Ia adalah kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato.[4] Potongan ayam terlebih dahulu digoreng hingga keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas. Kacang pea atau gajus kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan dihiasi dengan daun ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia.[5]
Hidangan ini biasa didapati ketika majlis keramaian seperti kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan kejiranan.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ayam Masak Merah". New Straits Times. 7 October 2004. Dicapai pada 23 September 2016.
- ^ "Traditional dishes". New Straits Times. 2 February 1996. Dicapai pada 23 September 2016.
- ^ Malay Heritage Cooking. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 118. ISBN 9789814435079.
- ^ Borneo: Sabah, Brunei, Sarawak. Bradt Travel Guides. m/s. 106. ISBN 9781841623900.
- ^ Elaine Ho (29 March 2014). "Ayam Masak Merah: A celebratory red chicken dish". The Malay Mail. Dicapai pada 22 September 2016.