Cakoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cakoi
Youtiao.jpg
Pieces of youtiao
Jenis Donut
Tempat asal China
Kawasan China, Cambodia, Malaysia, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Thailand
Bahan utama Doh
di Wikibuku Buku Masakan: Cakoi
Cakoi
Nama Cina
Cina Tradisional: 油條
Cina Ringkas: 油条
Hanyu Pinyin: yóutiáo
Maksud harfiah: oil strip
Yu Char Kway
Tulisan Tradisional: 油炸粿/餜/鬼
Tulisan Ringkas: 油炸粿/馃/鬼
Maksud harfiah: oil-fried pastry (or devil)
Nama Thai
Bahasa Thai: ปาท่องโก๋
RTGS: pathongko

Cakoi, atau juga dikenali sebagai youtiao, churros goreng Cina, dan donut Cina merupakan doh berbentuk panjang yang digoreng dan berwarna perang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya

Di sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko,[perlu rujukan] iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Di Thailand, cakoi lebih diketahui sebagai patongkoh atau patongko. Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali dầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai Youtiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cina Kantonis pula, ia dikenali sebagai yau ja gwai atau ditulis sebagai you zha gui yang membawa maksud "kejahatan yang digoreng". Dikalangan orang cina Hokkien pula dikenali u char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengikut cerita orang-orang di China, perkataan yau ja gwai dan u char kway digunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina.

Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang bercantum dan digoreng, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut.

Budaya pemakanan[sunting | sunting sumber]

China[sunting | sunting sumber]

  • Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan Melayu, ia tercetus dari kedatangan orang-orang Cina, dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi di makan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam. Di golongan Cina, cakoi juga dimakan dengan Bak Kut Teh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]