Bubur pulut hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bubur Pulut Hitam.jpg

Bubur pulut hitam merupakan sejenis bubur yang dibuat daripada pulut hitam, santan kelapa, nisan dan bahan-bahan lain. Pulut hitam ini akan bertukar ungu gelap apabila di masak.

Untuk penyediannya, pulut hitam dibasuh, kemudian diletakkan ke dalam periuk dengan air dan daun pandan. Ikatan daun pandan akan memberikan bau harum pada hidangan ini nanti. Apabila air mendidih, keluarkan daun pandan dan rebus sehingga empuk, dan nisan ditambah bagi memberikan rasa manis.

Untuk dihidang, bubur pulut hitam biasanya dihidangkan panas dengan santan dituang pada bahagian atasnya, dengan secubit garam ditabur pada bahagian atas.

Selain itu, aiskerim boleh ditambah bagi mempelbagaikan rasa hidangan.


Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.